Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests None
Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm
» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am
» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm
» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm
» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm
» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm
» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am
» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm
» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm
» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm
» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm
» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm
» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm
» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am
» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am
» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am
» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm
» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm
» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm
» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm
» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm
FMB Chatbox
orang bodoh yang pandai
5 posters
Page 1 of 1
orang bodoh yang pandai
Orang Bodoh Yang Pandai
Bodoh itu bukan satu penyakit. Lemah jiwa itulah penyakit. Mengapa harus merasa rendah diri apabila berhadapan dengan orang yang lebih pandai ? Bukankah Allah telah menjadikan kita bodoh ?. Orang yang bodoh yang lemah jiwa, dia akan menjadi dua kali bodoh apabila berhadapan dengan orang yang pandai. Kalau orang yang pandai itu orang besar, orang berpangkat, dia akan kagum, sanjung dan pegang kata-kata orang tersebut. Sebaliknya kalau orang pandai itu tarafnya rendah, umpamanya isteri, muridnya atau pekerjanya, maka dia akan rasa inferiority complex. Dia rasa malu, kecewa dan kesal dengan diri sendiri. Dia takut untuk mengeluarkan pendapat dihadapan orang yang lebih pandai darinya.
Orang bodoh yang lemah jiwanya ini akan cuba menyembunyikan kebodohan kerana dia benci pada kebodohannya itu. Dia takut orang kata dia bodoh. Walhal kalau orang yang bodoh itu tiada penyakit lemah jiwa dan sedar dirinya bodoh, dia akan belajar daripada orang yang pandai. Dia bersyukur mendapat ilmu dan berterima kasih kepada orang yang mengajarnya. Dia merasa senang hati dan ingin menambah ilmunya lagi. Ilmu yang baru diketahuinya itu digunakan dan diamalkan.
Berbeza dengan orang yang lemah jiwa, dia hanya rasa kagum dengan pendapat orang lain tetapi menjadi gelap pandangan kerana dia rasa, mengapa aku tidak terfikir begitu ? Macammana dia boleh tahu sejauh itu ? dan sebagainya. Akhirnya ilmu didapati itu tidak masuk menetap dalam akalnya, apalagi untuk diamalkan.
Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
Orang yang bodoh itu mungkin hanya bodoh dibidang tertentu tetapi pandai dibidang yang lain. Oleh itu kita harus sentiasa mengintai-intai kelebihan orang yang pandai ini untuk kita belajar apa yang dia pandai untuk kepentingan kita dan masyarakat. Sebagaimana kisah Rasulallah s.a.w ketika baginda sedang kebuntuan setelah selesai perjanjian Hudaibiyah. Rasulallah s.a.w telah memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk bercukur dan menyembelih korban. Tetapi semua sahabat yang ada di situ tidak melaksanakannya walaupun telah diperintahkan oleh Rasulalah s.a.w sebanyak tiga kali. Kelambatan para sahabat itu telah menyebabkan Rasulallah bingung, lalu baginda pergi bertemu dengan isterinya Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut. Ummu Salamah setelah mendengar kejadian tersebut, dia pun berkata : " Pergilah wahai Rasulallah engkau bercukur dahulu, maka mereka akan mengikutimu."
Rasulallah s.a.w bukan sahaja bersetuju, malah sangat gembira dengan pandangan dan pendapat tersebut. Lalu baginda terus melaksanakannya, dan para sahabat pun, apabila melihat Rasulalah s.a.w bertindak demikian, mereka pun melaksanakan hal tersebut. Demikianlah Rasulallah tidak malu untuk meminta pendapat orang lain dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Maka jika Rasul tidak malu untuk meminta pendapat, lebih-lebih lagilah bagi orang yang bodoh. Jangan jadi orang bodoh yang sombong, yang tidak mahu meminta tunjuk ajar daripada orang lain. Jangan pula jadi orang bodoh yang tidak tahu dirinya bodoh. Itu lagi parah. Ibarat orang yang tidak tahu membawa kereta, tetapi rasa pandai bawa kereta. Akhirnya masuk longkong dan kemalangan. Begitulah orang yang merasa dirinya tahu tetapi sebenarnya tidak. Akhirnya dirinya yang masuk neraka. Oleh itu jangan jadi orang yang "bodoh". Tetapi jadilah orang bodoh yang " pandai ".

annur- MBF New Member
- Number of posts : 4
Registration date : 16/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
wah annur... ceritamu sungguh menarik.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
ya saya setuju.. jika kita mengetahui diri kita bodoh, kita akan berkecenderungan utk memperbaiki diri utk menjadi pandai. Tp kalau kita berlagak pandai sedangkan kita ini sebenarnya bodoh, maka sampai bila pun kita tdk akan dpt memperbaiki diri. Dan sdh tentu kita berharap agar mereka yg pandai tu tdk sombong utk memberi tunjuk ajar.annur wrote:Orang yang bodoh mesti kenal diri, tahu diri bodoh. Jangan pula lantaran tidak kenal diri orang yang bodoh itu berlagak pandai dan merasa pandai pula. Hendaklah belajar dari orang yang pandai dan orang yang pandai pula janganlah sombong untuk mengajar kerana kita ini dijadikan oleh Allah berbeza-beza tahap akal dan fikiran, semua itu adalah kepunyaan Allah. Allah boleh tarik nikmat kepandaian itu dengan sekelip mata sahaja.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re:orang bodoh yang pandai
Annur berapa umur awak???????????????
AMY- MBF Regular Member
- Number of posts : 178
Age : 28
Location : Sandakan Town
Humor : pikir la sendiri....
Registration date : 30/04/2008
Re: orang bodoh yang pandai
Ceita motivasi yang menarik... terimakasih
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: orang bodoh yang pandai
ye....
sy mginsafi diri sy...
ssgghnya sy brasa sgt brsyukur dgn nikmat ALLAH YA AL ZALJALA LIWAL IKRAM....

masshara mohammad- MBF Member (A)
- Number of posts : 110
Age : 27
Registration date : 20/06/2009
Similar topics
» bagaimana nak menangani orang yang dengki
» Tanggungjawab Penjaga Terhadap Orang Yang Sepatutnya Berpuasa
» Pandai Emas, Pandai Besi
» TIP ANAK PANDAI SUBJEK BAHASA (BM/BI)
» Mengapa wujud murid pandai, sederhana & lemah?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum