Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Who is online?
In total there are 20 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 20 Guests None
Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm
» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am
» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm
» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm
» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm
» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm
» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am
» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm
» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm
» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm
» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm
» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm
» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm
» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am
» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am
» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am
» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm
» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm
» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm
» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm
» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm
FMB Chatbox
Karangan PMR
+8
nanino
katika95
premila
joulingteoh
~Aisya~
AMY
Jasmine
Cikgu Edy
12 posters
Page 1 of 1
Karangan PMR
hi semua... sila periksa ini karangan ini yang saya terima daripada murid tingkatan dua bertajuk KEGUNAAN INTERNET
a. Untuk murid-murid sila komen tentang karangan ini (apa saja komen pun boleh)
b. Kepada guru-guru, sila komen juga untuk kebaikan anak-anak kita semua...
terimakasih

Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Karangan PMR
hai semua, teringin juga utk join kamu semua di sini.
Baik, di sini komen saya:
1. Elakkan kesilapan ejaan. Ini boleh dielakkan dgn berhati2.
2. Jika terdpt kesalahan tulisan, gariskan dgn 1 garis shj (satu garisan) & bukan menghitamkannya.
Harap berguna.

Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Karangan PMR
dan juga, kemaskan tulisan agar tdk condong kiri kanan. Guru2 perlu tulisan yg kemas & bukannya cantik. Bgmanapun, kalau kemas & juga cantik, itu amat baik sudah. Tp, itupun masih belum cukup, perlu ejaan betul, & isi2 teratur dgn baik.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Karangan PMR
Adakah sesiapa pelajar PMR dalam forum ini? cuba tuliskan semula karangan di atas supaya pihak kami dapat tahu pencapaian anda. Terimakasih. Selamat mencuba.
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
kesalahan karangan
wow,banyaknya kesalahan. .harap dapat kemaskan tulisan. jgn tersingung
AMY- MBF Regular Member
- Number of posts : 178
Age : 28
Location : Sandakan Town
Humor : pikir la sendiri....
Registration date : 30/04/2008
karangan yang kurang baik
Karangan tentang internet yang cikgu Edy terima daripada murid tingkatan dua itu kurang baik.
joulingteoh- MBF New Member
- Number of posts : 1
Age : 29
Location : Penang
Registration date : 18/05/2009
Re: Karangan PMR
joulingteoh wrote:Karangan tentang internet yang cikgu Edy terima daripada murid tingkatan dua itu kurang baik.
He heee... betul tu, ia memang kurang baik. Boleh adik joulingteoh buat satu karangan lebih baikdaripada ini? nanti cikgu edy tolong periksa.
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Karangan PMR
Pada hari sabtu yang lalu, bapa saya bercadang untuk pergi menjemput nenek dan datuk. Oleh itu, saya dan adik saya menyimpan pakaian dalam satu beg untuk empat hari. Bapa saya memeriksa kereta ada apa-apa masalah.
Pada pukul 9.00 pagi , kami pergi ke Negeri Sembilan dengan menaiki kereta Proton Saga. dalam perjalanan , saya dan adik saya membaca buku cerita.Semasa kita sampai di rumah nenek, nenek memeluk saya sambil menitiskan air mata. Nenek saya menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti kari ayam, ikan sambal dan sebagainya.

premila- MBF New Member
- Number of posts : 1
Registration date : 15/11/2009
Re: Karangan PMR
Internet merupakan media yang sangat berpengaruh pada masa kini.Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diambil melalui penggunaan internet.Antaranya ialah kita dapat berhubung dengan sesiapa jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana jua.Kita boleh menghantar e-mel atau berchatting.Melalui ini,kita dapat menambah lebih ramai kenalan.
Selain itu,kita juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui internet.Kita boleh menyelusuri laman-laman web yang ada untuk mendapatkan maklumat.Kita juga boleh berkongsi maklumat dengan orang lain melalui forum atau blog yang ditulis.Sememangnya,semuanya semakin mudah.Maklumat semuanya di hujung jari kita.Oleh itu,kita mestilah celit IT bagi memudahkan kita menggunakan internet.
Berita-berita dari dalam dan luar negara juga dapat diketahui dengan mudah dan cepat.Kita tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang dengan membeli surat khabar pada setiap hari.Kita boleh pergi ke laman web yang menyediakan akhbar online dan membacanya.Melalui ini,kita dapat mengurangkan penggunaan kertas.
Di samping itu,kita tidak perlu beratur unutk membayar sebarang bil kerana kita boleh membayar secara online.Pihak-pihak bank juga telah menyediakan khidmat internet bagi memudahkan pelanggan mereka menyelesaikan urusan perbankan mereka.
Kita juga boleh mencari pendapatan melalui internet.Trend pada masa kini iaitu online business.Perniagaan ini berasaskan kepercayaan.Pelbagai barangan boleh dibeli melalui internet dan terdapat banyak laman web yang menjual pelbagai jenis barangan.
Permainan video juga turut terdapat dalam internet.Kita boleh mengurangkan stress dengan bermain permainan ini.Namun jika kita gagal mengawal diri,kita mungkin akan leka dengan keasyikan bermain permainan video sehingga mengabaikan tanggungjawab.
Kesimpulanya,terdapat banyak kepentingan internet.Namun kita perlu berhati-hati agar penggunaan internet tidak memudaratkan kita.
ergh,mcm lain macam je karangan nih.

nanino- MBF Junior Member
- Number of posts : 25
Location : johor
Humor : live hell or live well.you choose. ;p
Registration date : 03/02/2010
Re: Karangan PMR
Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.
Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.
Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.
Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.
betul ke perkataan sogok yg sy guna ni pada perenggan ke-6??
yg nie je kot karangan terbaik sy..
ckgu2 tolong komen.. thankx-

ridwan- MBF Member (C)
- Number of posts : 50
Registration date : 01/02/2010
Re: Karangan PMR
wah,kagun dengan karangan ridwan.malu pulak dengan karangan saya yg kontot dan tahpape tuh.haih.ridwan nih calon pmr atau sudah ambil pmr?
nanino- MBF Junior Member
- Number of posts : 25
Location : johor
Humor : live hell or live well.you choose. ;p
Registration date : 03/02/2010
Re: Karangan PMR
Tahniah atas karangan adik2 ni...
Cikgu X- Special Rank
- Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008
Re: Karangan PMR
sy calon pmr tahun nie.. harap2 dpt le 9A.. nanino calon pmr jgk ker??
ridwan- MBF Member (C)
- Number of posts : 50
Registration date : 01/02/2010
Re: Karangan PMR
kepada ckgu2.. tolong komen karangan sy.. harap2 sy dapat perbetulkan kesalahan.. thankx-
ridwan- MBF Member (C)
- Number of posts : 50
Registration date : 01/02/2010
Re: Karangan PMR
EM, apa kata semua pelajar PMR, cuba menggunakan penanda wacana yang lebih sesuai.
Anda boleh terapkan lebih banyak dalam karangan
1. Isu Kemalangan Jalan Raya.
2. Kepentingan Tumbuh-tumbuhan.
3. Pemanasan Global.
4. Pencemaran Alam Sekitar.
i2 je. kalau ada pelajar yang ingin contoh karangan boleh post kat saya di mana je. kat sini ke kat mail sya ke.
nur.siti11@yahoo.com

nur alwani- Moderator
- Number of posts : 136
Age : 34
Location : malaysia
Humor : JANGAN LETAKKAN KEESAAN ALLAH DI DALAM AKAL FIKIRAN KITA. SETINGGI-TINGGI ILMU DUNIA INI YANG MAMPU KITA KECAPI HANYALAH UMPAMA SETITIS AIR DI LAUTAN
Registration date : 17/02/2010
Re: Karangan PMR
good but bad.
always be cool.
always be cool.
tharisheni- MBF New Member
- Number of posts : 1
Age : 25
Location : melaka
Registration date : 19/02/2012
Similar topics
» Karangan-karangan PMR
» Melengkapkan Karangan
» KARANGAN-Fakta
» karangan pbualan
» karangan bi paper 2
» Melengkapkan Karangan
» KARANGAN-Fakta
» karangan pbualan
» karangan bi paper 2
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum