FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Stress10 PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Ikon_b10 PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Andadibuli PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Berikanper PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Ikon_j10 PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Ikon_a11 PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


PPSMI, apa pendapat anda?

+19
sensei_sc
ikin
nadz
Okustim
syahif
Admin
shasha_polcey
Idz
ANA
JCJUE
diya99
dalitahm
amanda
Mitsuko
rosleb
mike66
Minnie
brenda
Cikgu X
23 posters

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

PPSMI, apa pendapat anda?

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_left46%PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_right 46% 
[ 12 ]
PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_left38%PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_right 38% 
[ 10 ]
PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_left15%PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_right 15% 
[ 4 ]
PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_left0%PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Bar_right 0% 
[ 0 ]
 
Total Votes : 26
 
 

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X Sun Mar 15, 2009 9:40 am

First topic message reminder :

Berikut adalah gambar drpd suratkbr ttg demonstrasi meminta kerajaan
memansuhkan pengajaran sains & matematik dlm bahasa inggeris.
a) Apa komen anda?
b) Patutkan pengajaran sn/mt balik kpd bm?
c) Ya atau tdk, berikan alasan anda.
d) Berikan cadangan jika ada.

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 08032011
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down


PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Fri May 22, 2009 9:00 pm

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu x dan cikgu idz sebab itu saya kata nak belajar lagi daripada guru senior yang mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek sains dan matematik yang diajar sepenuhnya dalam BI.Sebenarnya saya pun bukanlah ok sangat dalam BI dan bukan opsyen pun. Opsyen saya adalah sains dan matematik tetapi saya berterima kasih kepada pentadbir kerana menerjunkan saya untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris.Walaupun buta dalam pedagogi Bahasa Inggeris dan bimbang kesannya kepada murid tetapi saya selalu mencabar diri untuk membuat yang terbaik kepada murid agar mereka faham apa yang cuba saya sampaikan. Tapi itulah kerana terlalu memikirkan yang terbaik untuk murid kadangkala masa rehat pun tak ada kerana membuat persiapan pengajaran dari segi abm yang akan digunakan supaya murid memahami apa yang cuba saya sampaikan. Mengajar di luar bandar untuk PPSMI memang agak mencabar dan saya mengakuinya terutama bila mengajar murid yang menghadapi masalah 3M. Cara yang saya lakukan setakat ini adalah melakukan banyak amali dan menyediakan soalan berkaitan aktiviti tersebut disamping menekankan mengapa pentingnya mempelajari Bahasa Inggeris untuk subjek sains kepada murid.Saya juga ada menyatakan bahawa jika kita sebagai guru bersungguh tidak hairan murid akan berubah sikapnya menjadi positif dalam mempelajari subjek ini walaupun diajar dalam Bahasa Inggeris dan itulah juga yang berlaku. Pada mulanya kita cuma dapat melihat peningkatan yang sedikit tetapi jika pemantauan pencapaian murid dilakukan secara berterusan, pasti kita akan lihat peningkatannya yang lebih besar.Cuma memang kita perlu bekerja lebih masa terutama dalam merancang pengajaran dan penyediaan abm yang akan digunakan.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X Fri May 22, 2009 9:24 pm

bagus cikgu diya ni... kalaulah ramai guru2 begini... saya sebenarnya tiada masalah mengajar & berkomunikasi dlm bi, tp apakan daya saya hanya seorg guru yg juga mempunyai kelemahan, kategori tdk terlalu rajin & tdk terlalu malas Smile , sederhana shj... bila saya hadapi mrudi2 yg bermasalah dlm sains bi, ingin sj saya 'turun' ke kelas2 tahun bawah... tp apa boleh buat, saya bukanlah guru yg terlalu rajin, hehe... saya bukan mengatakan guru2 kelas tahun bawah tdk bagus mengajar, ttp ingin membantu mereka mengajar ppsmi... tp saya sedar juga, bila saya 'turun', masalah bukan berpunca di sana, ia berpunca dr kelas bawah lagi... bila turun lagi, kelas bawah lagi... turun lagi, rupanya masalah latar belakang keluarga juga telah memberikan kesan besar terhdp prestasi pelajaran mereka...

jd, adakah saya mengalah? adakah saya mengangkat bendera putih? tdk sama sekali... tp tdk salah juga menyatakan kekecewaan... kecewa bukan kerana mempunyai murid2 spt yg saya ada sekarng, ttp kecewa kerana tdk dpt memberikan kesan yg besar kpd prestasi pelajaran murid2 walaupun dgn menggunakan pelbagai kaedah, teknik, psikologi, pendekatan dsb... tdk dpt memberikan kesan yg besar spt yg diharapkan...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Fri May 22, 2009 10:39 pm

Memang pun tak salah kalau kita meluahkan rasa kecewa sebenarnya. Tapi tak juga salah kan dalam kecewa itu kita terus berusaha sehinggalah murid kita menyedari bahawa guru-gurunya memang berusaha mengajar supaya mereka pandai dan akhirnya mereka juga berubah.Begitulah juga dengan saya. Pada mulanya saya tak tahu pun yang saya ajar itu murid-murid bermasalah 3M. Saya rancang aktiviti yang mengambilkira pelbagai kecerdasan murid dan salah satunya sambil menyanyi sambil melakukan gaya tetapi apa murid saya kata, tak apalah cikgu nyanyi kami buat gayanya kerana kami tak pandai membaca. Terkejut juga masa itu. Bila saya tanya berapa ramai tidak tahu membaca. Semuanya angkat tangan.Bayangkan, pengajaran yang dirancang cukup sempurna telah tidak dapat dijalankan dengan baik. Cara saya masa itu, mengajar murid menggunaan kamus bergambar bagi murid tahun tiga.Pada mulanya memang susah tetapi lama kelamaan bila mereka terbiasa, saya nampak perubahan itu. Saya juga banyak buat aktiviti permainan untuk mendorong murid memahami apa yang saya sampaikan. Adakalanya bagi murid yang menghadapi masalah 3M, saya tunggu dan ajar dia sampai dia siapkan kerja. Selebihnya saya bimbing mereka buat amali sehinggalah mereka boleh menjawab soalan latihan tersebut.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X Fri May 22, 2009 10:55 pm

saya memuji cara cikgu ini... drpd cerita ini mmg terbukti cikgu diya ini seorang guru yg komited, krreatif, bersungguh2 & tdk mudah putus asa... tahniah cikgu...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by shasha_polcey Fri May 22, 2009 11:09 pm

sampai begitu sekali.....it shows how studies are important.if me i would agree if we continue to use english.but if can try to balance both langguages lah. Smile

shasha_polcey
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 281
Age : 27
Location : sandakan,sabah.
Registration date : 01/10/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Sat May 23, 2009 2:20 pm

Terima kasih cikgu x. Tapi sebagai guru saya sentiasa berusaha mencari dan akan terus mencari kaedah yang lebih baik yang boleh digunakan untuk memecah kebuntuan dalam meningkatkan lagi prestasi murid dalam subjek ini. Kita anggaplah Bahasa Inggeris ini sebagai cabaran kita dalam mengajar subjek Sains dan Matematik tetapi tentu gembira kan jika walaupun Bahasa Inggeris sebagai kekangan dalam menyampaikan ilmu secara berkesan kepada murid tetapi prestasi mereka berjaya ditingkatkan. Justeru, marilah kita bersama-sama memikirkan caranya dan jika ada kaedahnya marilah kita berkongsi daripada kita terus-terusan mengeluh.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by JCJUE Sat May 23, 2009 10:45 pm

Bila saya baca semua post di ruangan ini, saya mendapati semua guru mempunyai pandangan masin-masing. ada yang menyokong penggunaan BM, ada pula yang menyokong BI. Pendapat peribadi saya, saya masih mahu meneruskan PPSMI ini dalam Bahasa Inggeris, kerana kebaikannya adalah untuk jangka masa yang panjang. tidak kira la murid itu dari luar bandar atau pun bandar, semuanya mempunyai kebaikan. untuk murid luar bandar, paling tidak pun mereka dapat kenal perkataan dalam BI bila mereka dewasa nanti. Saya cuma memikirkan masalah yang dihadapai bila mereka menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris. Saya pernah mengalami masalah seperti ini dan alangkah bertuahnya murid sekarang. mereka berpeluang belajar bahasa Inggeris dari awal, walaupun dalam subjek Sains & Matematik. Saya bersetuju dengan pendapat diya99 dengan menganggap pengajaran PPSMI ini sebagai satu cabaran yang perlu digalas oleh guru Sains & Maths seperti kita, bukan sekadar memenuhi arahan kerajaan. Fikirkan masa depan murid kita. Kepada murid yang lemah BI. tiada alasan bagi mereka kalau ingin berjaya, Buktinya ada pelajar luar bandar yang cemerlang dalam subjek Sains & Maths. Akhir kata ,Hendak seribu daya...
JCJUE
JCJUE
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 79
Age : 43
Location : Selangor
Registration date : 11/12/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X Sat May 23, 2009 10:54 pm

hehe... bukan seribu dalih cikgu... ini perbincangan... Smile

pd yg mengajar tahap 1, hal ini tdk begitu dirasai kerana tiada bhg.b soalan... hanya banyak berkisar ttg fakta... tp pd tahap 2, bhg.b penting & mesti lulus... di sinilah teknik menjawab penting... jd kalau murid tdk tau bi, bgmana tu? kena2 lg kelas yg majoriti murid tdk tau membaca...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by JCJUE Sat May 23, 2009 11:08 pm

memang tidak dapat dinafikan, ada murid kita yang tidak tahu langsung BI, saya juga mengajar kelas terakhir Tahun 5 sekarang. tapi bagi saya, kita dah tahu memang murid ini tidak akan cemerlang dalam Sains. tapi yang penting bagi saya, sekurang2 mereka kenal perkataan dalam Bahasa Inggeris. Murid kelas saya ini, bila ditanya soalan, mereka dapat jawab dalam Bahasa Inggeris, cuma yang kurang pada mereka adalah latihan. sekiranya mereka sentiasa membuat latihan, Insya Allah mereka dapat jawab. ada murid sekolah saya Tahun 6 dari kelas terakhir berjaya mendapat B dalam Sains. itu sudah bagus buat mereka terutama murid dari kelas kurang pandai. Bila di kaji murid ini, ternyata mereka murid yang rajin berusaha dan tahu kedudukan mereka sekarang. mereka mendapat persaingan dengan murid kelas pandai.

Bagi saya, tidak kiralah Tahap 1 atau 2, Sains & Maths dalam Bahasa Inggeris perlu diberi penekanan dari awal. ini kerana sekiranya murid ini dari awal di ajar dengan teknik yang betul, mereka akan mudah menerima ajaran kita dan akan dipraktikkan selalu. Saya sudah cuba kaedah ini dan murid saya sekarang dapat menjawab Bahagian B dengan betul, mengikut apa yang saya ajar. memang terdapat pelajar yang lemah lagi penguasaan mereka, tapi kita boleh bantu mereka lagi dan murid kecil seperti mereka akan mudah menerima segala tunjuk ajar kita. Tapi yang penting, kita sebagai guru juga perlu berusaha mencari jalan bagaimana murid kita berjaya dalam subjek ini.Insya Allah..
JCJUE
JCJUE
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 79
Age : 43
Location : Selangor
Registration date : 11/12/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Sat May 23, 2009 11:15 pm

Saya sendiri pun sebenarnya mengajar di dua tahap jadi saya boleh memahami keadaan itu. Saya guna cara yang sama juga sebenarnya tapi pemantauan, penyediaan abm dan skrip untuk mengajar sentiasa saya lakukan untuk memastikan murid memahami apa yang cuba saya sampaikan.Untuk bahagian B, macam biasalah. Tiada jalan mudah melainkan buat latih tubi menjawab soalan itu dengan menggunakan teknik menjawab yang disarankan oleh pemeriksa kertas.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Mitsuko Sun May 24, 2009 1:02 am

Tau kenapa pencapaian sains upsr bukannya 100%? Sebab ada murid gagal... tau kenapa murid gagal? guru tdk pandai mengajar? atau memang wujud murid2 yg walau diajar bgmana sekalipun, memang susah utk lulus... contohnya murid2 yg tak tau baca... saya ada kawan yg mengajar di sekolah tamil di ladang kelapa sawit... cakap BM pun mereka tak reti, apatah lg english... guru2 memang berusaha, atau memang adakah yg tdk berusaha? Saya pernah mengajar di sekolah luar bandar beberapa tahun... sekarang saya di sekolah bandar... memang besar jurangnya tahap ppsmi bandar dgn luar bandar... memang besar...
Mitsuko
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Mitsuko Sun May 24, 2009 1:35 am

Ada masalahkah sains & maths dlm bm? adakah malaysia kekurangan bijak pandai sebelum ini? Lihat 'angkasawan' kita, dia tu bukan 'kelahiran' ppsmi, tp boleh juga 'melancong' ke bulan... bgmana negara2 yg jauh lebih maju drpd malaysia? spt jepun, german, korea, taiwan, china... semuanya menggunakan bahasa mereka sendiri... tulisan2 pun
tulisan mereka sendiri...

apa sebenarnya tujuan ppsmi? memudahkan murid2 memahami istilah2 dlm english? kenapa tdk perkasakan bahasa inggeris itu sendiri? dan cuba terus terang, jgn fikir dlm lingkungan sekolah cikgu2 shj, fikirkan secara keseluruhan rakyat malaysia... adakah ppsmi telah berjaya? kenapa banyak tentangan, bukan shj drpd pejuang2 bahasa tp juga mereka yg bkannya pejuang bahasa...

spt yg saya telah sebut sbelum ini, ppsmi merupakan 1 polisi pendidikan negara... 1 dasar... sdh membelanjakan berbillion ringgit... sdh tentu sukar utk membatalkannya... tau kenapa? sb ia 1 dasar... jika dibatalkan, mgkin akan menjadi bahan ketawa negara2 lain... yg dasar pendidikan malaysia telah gagal...

tp, bgmana dgn rakyat/murid2 yg telah mengiktui ppsmi ini dan 'tdk berjaya'? rasa2 berapa ramai? ini tahun ke7 ppsmi dilaksanakan... dah berapa jumlah murid yg terlibat? berapa yg tdk berjaya? masih ada lgkah peluang utk mereka menebus 'kegagalan' mereka itu di persekolahan seterusnya... di sekolah menengah? di sekolah rendah pun mereka tdk berjaya, apatah lg di sekolah menengah...

kumpulan yg tdk berjaya dlm ppsmi ini akan membesar & menjadi sebahagian drpd masyarakat malaysia... kehidupan mereka bgmana? ingat, mereka telah tdk berjaya dlm pelajaran...

adakah kerana semata2 utk menjaga polisi, maka kehdiupan jutaan 'rakyat' ini diketepikan? adakah kerana menjaga reputasi polisi ini, maka kerajaan sanggup menutup sebelah mata terhdp kehidupan 'rakyat' ini? adakah mereka ini kita anggap shj sbg mangsa atau korban eksperimen? atau adakh kita menerima hakikat bhw utk mencapai kemajuan, maka sdh tentulah ada yg terpaksa dikorbankan?

ingat lg kajian yg telah dijalankan beberapa tahun sebelum ini, di mana lebih 1000 org murid tahun 5 di semenanjung drpd beberapa buah sekoalh diminta menjawab soalan sains ppsmi? drpd 3 bangsa utama, bangsa cina pertama (banyak jawa betul), kedua india & ketiga melayu... hasil kajian ini telah dipaparkan dlm newspaper berita harian...

saya bukannya pejuang bahasa malaysia... dan saya jga bukannya patirotik... saya tdk membantah ppsmi, malah saya seorg guru ppsmi yg dlm kategori baik... tp, apa salahnya guna BM? sekurang2nya murid2 yg tdk tahu membaca faham apa yg kita perkatakan dlm kelas, berbanding sekarang, jika mereka tdk faham, maka kita akan nampak mulut mereka yg melopong sj... sdhpun membaca tdk tau, faham pun lglah tdk tahu... kerana ppsmi...

apapun, saya betul2 respect guru2 ppsmi yg dpt meluluskan murid2nya dlm sains walaupun pd gru2 di sekolah lain, ia bagai mustahil... dan memang msutahil, kerana tak tau baca... wa caya sama lu... tabikkk...

maaf jika tersinggung... sekadar menyampaikan pendpt...
Mitsuko
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Sun May 24, 2009 6:52 am

Tidaklah tersinggung cikgu tetapi sebagai guru saya akan terus berusaha untuk merealisasikan impian kerajaan ini walaupun tidak dapat membantu di sekolah lain. Tidak salah kan kalau kita terus mencuba menyahut cabaran ini.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Cikgu X Sun May 24, 2009 1:02 pm

ya, kita cuma berbincang2 di sini... pd masa yg sama, tgjwb sbg guru utk membimbing murid2 tetap diteruskan...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Mitsuko Mon May 25, 2009 1:12 pm

Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah
Sunday, April 12, 2009
"...there was a need to reform the education policy and system, specifically the PPSMI (teaching of Science and Mathematics in English). The PPSMI was not successful especially with rural students, who had become victims of the policy. We cannot continue this experiment and there must be readiness on the Government's side to abandon it..."
Mitsuko
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by JCJUE Mon May 25, 2009 6:46 pm

bagus betul pendapat mitsuko. Saya rasa mitsuko betul-betul menjalankan kajian tentang PPSMI ni.
JCJUE
JCJUE
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 79
Age : 43
Location : Selangor
Registration date : 11/12/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Admin Mon May 25, 2009 7:35 pm

bgmana sekalipun perbincangan kita, jgn lupa ia sekadar perbincangan...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by syahif Mon May 25, 2009 10:14 pm

ini pendapat saya...
adakah murid yang tidak cemerlang dalam sains itu dilihat juga keputusan subjek lain? pada pandangan saya, murid yang tidak dapat menjawab dengan baik subjek sains dan matematik, juga tidak dapat menjawab dengan baik dalam subjek bm.jadi adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa masa depan murid-murid ini terjejas disebabkan oleh subjek sains dan matematik.
saya juga setuju dengan pendapat pejuang-pejuang bahasa melayu ini. cuma saya agak terkilan kerana isu bahasa ini tidak diperjuangkan secara meluas. contohnya dalam drama, iklan-iklan, dan pelbagai medium lain yang setiap hari kita jumpa.
dan duit 5% atau 10% itu sebenarnya adalah untuk bayaran tuisyen guru itu belajar bahasa inggeris di luar waktu kerja...just my 2 cents..

syahif
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 1
Registration date : 03/08/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Idz Tue May 26, 2009 12:11 am

guru2 sains/matematik tidaklah berbangga dgn imbuhan 5@10% berkenaan, kami memang telah memberikan 200% komitmen dalam melahirkan murid cemerlang sains/matematik... sebab kami sangat mementingkan pencapaian dalam subjek yang kami ajar itu... kerana tiada sesiapa yang memberi pujian apabila murid2 ini berjaya tetapi apabila gagal kebanyakan org akan menuduh kami tak pandai mengajar pula...

pengajaran sains/matematik ppsmi pd awalnya ditawarkan kepada guru2 bm dan sebaiknya digunakan untuk mereka mempelajari bahasa inggeris.. kami guru2 sains/matematik bukan tidak boleh mengajar dlm b.i tetapi sukar bg pelajar kami memahami bahasa itu sendiri... dengan erti kata lain mereka agak terbeban utk memahami 2 perkara dlm satu masa...

kami telah seberapa daya upaya kami memberikan yang terbaik dlm memastikan mereka cemerlang.. kami meminta agar guru2 lain khususnya guru2 b.i turut sama membantu kami dalam subjek sains/matematik sebagaimana kami membantu mereka utk menguasai b.inggeris [kami fikir untuk menguasai sains/matematik mereka perlu juga tahu berbahasa inggeris]... sebab guru2 b.i juga menerima imbuhan 5@10% walaupun tidak mengajar sains/matematik...
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Mitsuko Tue May 26, 2009 12:16 am

spt yg kita semua maklum, utk lulus exam mestilah lulus subjek2 teras yg lain... jd itulah maksud saya kegagalan dlm sains/math akan menjejaskan masa depan murid2... biasanya murid2 boleh lulus bm tp gagal sains, atau math, atau english... maka bila mana2 subjek ini gagal, maka gagallah murid berkenaan... keluar slip keputusan pun akan tertulis gagal... maka slip keputusan ini tdk dpt digunakan utk memohon apa2 spt kerja, tempat sekolah, ips, ipt... sb gagal... inilah yg saya maksudkan kehdiupan masa depan akan terjejas...

ttg imbuhan 5% dan 10% tu, ia bukanlah sbg bayaran kpd guru2 utk belajar english, ia adalah insentif kpd guru2 kerana mengajar sains/maths dlm english... cuma, ramai kita menghadapi masalah mengajar sn/m3 dlm english, terutama di kelas2 thp2 kerana murid2 tdk tahu/faham english... pd sesiapa guru yg mempunyai murid2 yg faham/mampu berbahasa ineggeris, kira cikgu2 bertuahlah...
Mitsuko
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Tue May 26, 2009 8:46 pm

Pada pendapat saya, kegagalan murid dalam subjek sains dan matematik tidak boleh 100% kita kaitkan dengan Bahasa Inggeris semata-mata. Contoh paling ketara ialah sebelum PPSMI dilaksanakan pun masih terdapat murid yang gagal dalam subjek Matematik walaupun diajar dalam Bahasa Malaysia. Maksudnya, bukan faktor bahasa sebenarnya yang menyebabkan murid itu gagal tetapi kerana kelemahan dalam menguasai fakta asas matematik walaupun soalan yang disediakan dalam dwi bahasa tetapi masih terdapat murid yang tidak memahami kehendak soalan dan kalau faham pun masalahnya tidak menguasai sifir. Maka jawapan yang diberi kurang tepat.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by JCJUE Tue May 26, 2009 10:48 pm

saya setuju pendapat diya. Kelemahan murid murid kita dikelilingi dengan banyak faktor. bukan hanya bahasa sahaja. Mungkin murid kita lemah dalam sains & matematik, tapi cara kita mengajar mereka sudah betul. kita sudah ikut langkah-langkah yang perlu diambil. Tapi, jika kelemahan itu datang dari faktor lain, kita masih tidak boleh mengatasinya sehinggalah murid itu sendiri yang mengubahnya.
JCJUE
JCJUE
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 79
Age : 43
Location : Selangor
Registration date : 11/12/2008

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Okustim Wed May 27, 2009 10:16 am

Betul, memang banyak faktor... tp faktor utama ialah bahasa... apatah lg kalau tdk boleh membaca.
Okustim
Okustim
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Registration date : 27/05/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by diya99 Wed May 27, 2009 8:04 pm

Ia kan. Tapi...hairan juga, walaupun soalan dalam dwi bahasa kenapa masih boleh gagal lagi.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by nadz Thu May 28, 2009 9:58 am

pada pendapat sy..ppsmi wajar diteruskan..nape kite mesti memansuhkan ppsmi??kenape??adakah sebab org2 melayu tidak sanggup menghadapi sedikit cabaran?sepatutnya kite mesti berusaha..jangan hanya berada di takuk lama..saya melihat ada banyak perubahan yg positif pada pelajar2 apabila menggunakan bi dalam pnp..walaupun tidak secara keseluruhan..secara tidak langsung ia dapat membantu serba sedikit dalam percakapan harian mereka..sy menyokong sepenuhnya penggunaan ppsmi Very Happy

nadz
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 2
Registration date : 28/05/2009

Back to top Go down

PPSMI, apa pendapat anda? - Page 2 Empty Re: PPSMI, apa pendapat anda?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum