Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Who is online?
In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests None
Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm
» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am
» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm
» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm
» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm
» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm
» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am
» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm
» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm
» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm
» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm
» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm
» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm
» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am
» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am
» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am
» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm
» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm
» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm
» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm
» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm
FMB Chatbox
PPSMI vs MBMMBI
2 posters
Page 1 of 1
PPSMI vs MBMMBI
Hai smua,
dulu KP sains atau mt dilantik menjadi penyelaras PPSMI. Kini, dgn wujudnya MBMMBI, sapa pula yg kena bertindak sbg penyelaras? Guru2 saling tolak menolak tawaran tugas ini kerana kurang maklumat berkaitannya. Sapa2 yg ada pekeliling tntg ni, tolong respon!!! tq all..

aidaku- MBF Junior Member
- Number of posts : 34
Registration date : 28/05/2011
Re: PPSMI vs MBMMBI
ooo... cgu terlantikkah? pd pendpt sya, mbmmbi ni mgkin bukan org kuat sains & math yg akan jd penyelaras... mmg org2 bm/bi.....
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
KP(BSPSH-SPDK)201/005/01(38)
25 Januari 2010
Semua Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
2. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
3. Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:
Mulai 2010
Sekolah rendah: P&p Sains dan Matematik boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
Sekolah menengah: P&p Sains dan Matematik boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
Mulai 2011
i) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SK menggunakan Bahasa Malaysia.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Sekolah Menengah: P&p Sains dan Matematik boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
Mulai 2012
i) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SK menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.
Sekolah menengah: P&p Sains dan Matematik Tingkatan Satu dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia.
P&p Sains dan Matematik Tingkatan Empat boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5.
Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.
5. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris.
6. Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:
Jenis Peperiksaan -Penggunaan Bahasa pengantar
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Dwibahasa sehingga 2015
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Dwibahasa sehingga 2013
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Dwibahasa sehingga 2015
7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Baca bukunya di sini... http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm
atau donwload... http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf
Baca surat pekeliling... http://www.scribd.com/doc/36618244/Surat-Pekeliling-Ikhtisas-Bil-2-2010-Pelaksanaan-Dasar-Memartabatkan-Bahasa-Malaysia-dan-Memperkukuhkan-Bahasa-Inggeris-MBMMBI

sya bukan penyelaras, cuma ada kedengaran bhw mbmmbi ni me+ beban guru akibat perubahan dasar ppsmi tu...akibatnya, guru selain sns n mt turut terlibat ke arah dasar mbmmbi lak..
aidaku- MBF Junior Member
- Number of posts : 34
Registration date : 28/05/2011
Re: PPSMI vs MBMMBI
mmg begitu... memandangkan mbmmbi ni 1 dasar baru kpm, mmg akan memberikan banyak urusan kpd guru2... fail2, surat2, dokumen, laporan2, data2, dsb...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum