FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
60,000 pelajar kita ketagih FB Stress10 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_b10 60,000 pelajar kita ketagih FB Andadibuli 60,000 pelajar kita ketagih FB Berikanper 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_j10 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_a11 60,000 pelajar kita ketagih FB Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


60,000 pelajar kita ketagih FB

5 posters

Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Guest Mon Oct 10, 2011 12:24 pm

60,000 pelajar kita ketagih FB Facebook


KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/60_000pelajarkitaketagihFB/Article

Guest
Guest


Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Mon Oct 10, 2011 12:52 pm

haha... tdk syak lg, bukan 60k sj tu... Very Happy juga guru2... Very Happy
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Akira Natasya Tue Oct 18, 2011 9:10 pm

haaa... btol3.. termasok aq lah tuhh... keh3
Akira Natasya
Akira Natasya
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 342
Age : 26
Humor : buat arh papepomm... duduk arh cm ne pom.. yg penting bahagiyeee... :D
Registration date : 30/07/2010

http://blogdihazniq.blogspot.com/

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Cikgu X Wed Oct 19, 2011 6:08 pm

dinyatakan juga bhw mereka yg 'ketagih' fb tdk mengaku atau menafikan prestasi akademik mereka merosot walaupun mgkin mmg merosot hanya sedikit... Very Happy
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Akira Natasya Wed Oct 19, 2011 6:55 pm

ehehhehehhehehehheee.... jangan lah ckp cm tuh cikguu.. maloo lak kiterr.. keh98

Embarassed
Akira Natasya
Akira Natasya
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 342
Age : 26
Humor : buat arh papepomm... duduk arh cm ne pom.. yg penting bahagiyeee... :D
Registration date : 30/07/2010

http://blogdihazniq.blogspot.com/

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Cikgu X Wed Oct 19, 2011 8:27 pm

hehe... yg penting adik tdk lupa belajar (betul2 beljr) & byk beljr drpd ber'fb'... Very Happy
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Akira Natasya Sat Oct 22, 2011 10:58 pm

woaaa... cikgu yg memahamii... ha98
Akira Natasya
Akira Natasya
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 342
Age : 26
Humor : buat arh papepomm... duduk arh cm ne pom.. yg penting bahagiyeee... :D
Registration date : 30/07/2010

http://blogdihazniq.blogspot.com/

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Sun Oct 23, 2011 11:48 pm

bila belajar, ingat belajar shj... jgn tengah belajar atau dlm kelas, masih teringat2 lg fb... kalau keadaan begini berlaku, mcmana pun mesti ada kesan atas pelajaran... Very Happy kalau keadaan begini berlaku, sahlah dah ketagih, hehe...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Akira Natasya Mon Oct 24, 2011 8:26 pm

he98.. cm tuh erkk.. jadyyy.. memang sah larh aq pom ketagihh?? alamk.. maloo lak.. kerh98
Akira Natasya
Akira Natasya
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 342
Age : 26
Humor : buat arh papepomm... duduk arh cm ne pom.. yg penting bahagiyeee... :D
Registration date : 30/07/2010

http://blogdihazniq.blogspot.com/

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Mon Oct 24, 2011 10:22 pm

haha... Very Happy fb ni laman web sosial, jd sapa2 yg suka sangat bersosial mmg mudah 'ketagih' fb...kenapa dikatakan ketagih fb? mcm rokok, kalau tak dpt merokok rasa tak keruan, tak selesa, so ketagihlah tu... spt dadah jugak, kalau tak dpt dadah, rasa menggigil (entahlah apa lg, tak pernah cuba dadah, hehe...)... jd kalau tak keruan, tak selesa, atau gatal hati sangat nak bukak fb, mgkin itulah yg dikatakan ketagih... Very Happy tp tak salah, cuma lucu sikitlah bila dikatakan ketagih fb...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Akira Natasya Mon Oct 24, 2011 11:31 pm

yg suke sangat bersosial lerr... hurrmmm... tapy arnn... yg sampai terjebak cinta fb tuhh.. sebab ketagih gark ker? polek edenn.. ha98
Akira Natasya
Akira Natasya
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 342
Age : 26
Humor : buat arh papepomm... duduk arh cm ne pom.. yg penting bahagiyeee... :D
Registration date : 30/07/2010

http://blogdihazniq.blogspot.com/

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Mon Oct 24, 2011 11:37 pm

...dan jd masalah bila ia memberi kesan -ve terhdp pelajaran...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by hema Sun Oct 30, 2011 9:13 pm

TETAPI, FB kuga memberikan kesan yg baik apabila kita blh discus matapelajaran melaluinya, tetapi saya tak menafikan 85% drpd org yg menggunakan fb agak ketionggalan dlm pelajaran... study study study

hema
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 85
Age : 28
Location : kedah
Humor : -
Registration date : 13/07/2011

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by KAY Sun Oct 30, 2011 10:11 pm

i love fb dulu lah but not nowdays bcause it is so boring
unless u play games
KAY
KAY
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 371
Registration date : 16/11/2008

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Admin Sun Oct 30, 2011 10:46 pm

hema wrote:TETAPI, FB kuga memberikan kesan yg baik apabila kita blh discus matapelajaran melaluinya, tetapi saya tak menafikan 85% drpd org yg menggunakan fb agak ketionggalan dlm pelajaran... study study study
KAY wrote:i love fb dulu lah but not nowdays bcause it is so boring
unless u play games
mmg drpd hasil kajian, majoriti pelajaran pelajar merosot gara2 fb... fb mmg bagus utk tmpat berosial, cari kawan, cari saudara-mara, berbincang, kongsi2 gambar... tp biasanya perbincangan bukanlah perbincangan ilmiah... sb itulah pelajaran merosot... apatah lg dgn adanya games, mmg sukar utk dilepaskan... Very Happy
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

60,000 pelajar kita ketagih FB Empty Re: 60,000 pelajar kita ketagih FB

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum