Ranking Web Pendidikan
Klik utk lihat senarai...
Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik
Log in
Who is online?
In total there are 82 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 82 Guests None
Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm
» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm
» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am
» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm
» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm
» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm
» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm
» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am
» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm
» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm
» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm
» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm
» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm
» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm
» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm
» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am
» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am
» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am
» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm
» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm
» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm
» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm
» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm
FMB Chatbox
Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
+8
Nica97
brenda
baxley
Geofrey
AMY
Jasmine
Admin
Cikgu Edy
12 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
ok murid2 semua.. buat karangan tajuk di atas .. mula dengan 30 patah perkataan saja. nanti cikgu edy akan periksa... juga dengan bantuan daripada guru-guru yang lain. selamat mencuba.
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
bagus, tq cikgu edy... ya murid2, marilah kita bersama2 siapkan karangan ini...Cikgu Edy wrote:ok murid2 semua.. buat karangan tajuk di atas .. mula dengan 30 patah perkataan saja. nanti cikgu edy akan periksa... juga dengan bantuan daripada guru-guru yang lain. selamat mencuba.
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
ini adalah contoh karangan yang telah dihantarkan kepada saya. Tajuknya AKU SEBATANG PENCIL. Pelajar ini dalam tahun 4
a. Untuk murid-murid, apa komen anda mengenai karangan ini?
b. Untuk guru-guru, mari kita komen bersama-sama, sedikit usaha kita untuk membantu, besar pahalanya... hee hee...
a. Untuk murid-murid, apa komen anda mengenai karangan ini?
b. Untuk guru-guru, mari kita komen bersama-sama, sedikit usaha kita untuk membantu, besar pahalanya... hee hee...
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Ok, karangan ini pd sya agak baik juga, bersifat objektif. Cuma,
1. kecilkan sedikit saiz tulisan
2. Elakkan kesilapan yg tdk sepatutnya spt salah ejaan.
3. Dlm penulisan, perkataan 'dah' kurang sesuai digunakan kecuali mgkin terdpt dialog dlm karangan tersebut.
4. Jarakkan perkataan selepas titik noktah.
5. Nama khas mesti bermula dgn huruf besar.

Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Harap maaf...Cikgu Edy wrote:ok murid2 semua.. buat karangan tajuk di atas .. mula dengan 30 patah perkataan saja. nanti cikgu edy akan periksa... juga dengan bantuan daripada guru-guru yang lain. selamat mencuba.
mgkin bagus jika kita teruskan ttg pembikinan karangan dlm 30 perkataan spt dlm tred, manakala komen utk contoh2 karangan dimasukkan dlm topik baru & dinamakan Contoh Karangan. Okkah cikgu Edy? Saya telah wujudkan topik CONTOH KARANGAN, tq...
karangan(tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi)
Tempat Perkelahan Yang Pernah Saya Kunjungi
Pada hari Sabtu yang lalu,saya dan keluarga pergi berkelah di sebuah pantai.Sesampainya kami disana ibu dan saya mengeluarkan barang-barang yang telah kami bawa untuk berkelah.Adik-beradik saya termasuk saya bermandi-manda di pantai itu.Selepas puas mandi,kami pun makan makanan yang telah dibawa untuk santapan kami.Selepas itu kami pun pulang dari situ.Di situlah tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi.
beri saya markah ye...........

AMY- MBF Regular Member
- Number of posts : 178
Age : 28
Location : Sandakan Town
Humor : pikir la sendiri....
Registration date : 30/04/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Gaya bahasa, sangat baik
cuba tulis lagi karangan ini tapi kali ini cuba lebih kreatif dan tambahkan bilangan perkataan kepada 60 patah perkataan. Tentu lebih seronok lepas ini...
mungkin cikgu-cikgu lain akan memberikan ulasan juga selepas ini... teruskan kerja mu yang rajin ok AMY...
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi.
Saya pernah pergi ke banyak tempat berkelah. Tempat berkelah adalah suatu tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga. Tempat ini juga adalah tempat yang mempunyai pemandangan yang indah.
Sebagai satu contoh tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi ialah seperti di Simpang Mangayau. pemandangan di sana sunguhlah indah. Kami sekeluarga sangat riang ketika itu. Setelah kami selesai makan dan mandi, kami pun berkemas dan pulang ke rumah.
Berikut adalah salah satu contoh tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi. Saya juga dapat menerima pengalaman pada hari itu.

Geofrey- MBF Regular Member
- Number of posts : 166
Age : 30
Location : perlis
Humor : regreting the past is useless..
Registration date : 09/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Hi Geofrey... karangan anda sungguh menarik... dan gaya bahasa juga agak menarik. Cuma perhatikan perkara-perakra berikut:-
adalah lebih baik jika dimulakan dengan WHAT (APA? - apa itu tempat perkelahan). Ia lebih baik dan selamat kerana gaya bahasanya akan mudah dan tepat.
Contoh : "Tempat pekelahan adalah tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga. Tempat ini mempunyai pemandangan yang indah. Saya pernah mengunjungi beberapa tempat perkelahan dan tempat perkelahan yang ingin saya ceritakan ialah ... sebutkan nama tempat" (Simpang Mengayau)
text merah - "banyak" sila gantikan dengan "beberapa", lebih membawa makna
text biru - inilah "WHAT" yang sebenarnya iaitu "Apa itu tempat perkelahan".. yang ingin anda ceritakan dalam karangan ini. Dalam kes ini, adik telah menulis secara terbalik, ia tidak salah namun menulis cara begini memerlukan tatabahasa yang rumit dan kemahiran yang tinggi. Mungkin selepas ini adik akan faham dan bolehlah menggunakan cara bahasa begini.
Bahagian ISI
Perengggan ini sepatutnya adik sudah menceritakan Simpang Mengayau dan bukan lagi sebagai satu contoh. Contoh selalunya melibatkan bilangan yang lebih dari satu... lihat cara ayat berikut..
Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi ialah Simpang Mengayau (sila ceritakan WHEN, WHERE... ) Bila adik ke sana, di mana terletaknya Simpang Mengayau. APA yang adik lakukan di sana. Siapa orang lain yang terlibat.
Ayat adik yang diwarnakan COKLAT / BROWN terlalu ringkas dan menuju kepada kesimpulan terlalu cepat. Ada baiknya kala diceritakan juga sedikit rekreasi dan bukan setakat makan dan mandi... tiada permainankah waktu adik ke sana?
PENUTUP
menerima pengalaman = apa jenis pengalaman... ceritakan sedikit, sebagai contoh, katakan adik akan ke sana lagi dan membawa rakan-rakan sekolah... ceritakan lagi kira-kira dalam satu perenggan.
Ok, begini... untuk Pengenalan 70%, Untuk isi 80%, untuk penutup 85%, untuk gaya bahasa 60%
bermakna saya memberikan anda markah
(70+80+85+60)/4 = 73.75% (wow... tinggi ni...) tapi adik boleh mendapat yang lebih tinggi.
Permintaan saya, sila buat semula karangan ini .... (Ingat TIPS membuat karangan, mulakan dengan WHAT, WHERE, WHEN, HOW, WHY...
Geofrey wrote: Saya pernah pergi ke banyak tempat berkelah. Tempat berkelah adalah suatu tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga. Tempat ini juga adalah tempat yang mempunyai pemandangan yang indah. Kami sekeluarga sangat riang ketika itu. Setelah kami selesai makan dan mandi, kami pun berkemas dan pulang ke rumah
adalah lebih baik jika dimulakan dengan WHAT (APA? - apa itu tempat perkelahan). Ia lebih baik dan selamat kerana gaya bahasanya akan mudah dan tepat.
Contoh : "Tempat pekelahan adalah tempat yang sering dikunjungi oleh keluarga. Tempat ini mempunyai pemandangan yang indah. Saya pernah mengunjungi beberapa tempat perkelahan dan tempat perkelahan yang ingin saya ceritakan ialah ... sebutkan nama tempat" (Simpang Mengayau)
text merah - "banyak" sila gantikan dengan "beberapa", lebih membawa makna
text biru - inilah "WHAT" yang sebenarnya iaitu "Apa itu tempat perkelahan".. yang ingin anda ceritakan dalam karangan ini. Dalam kes ini, adik telah menulis secara terbalik, ia tidak salah namun menulis cara begini memerlukan tatabahasa yang rumit dan kemahiran yang tinggi. Mungkin selepas ini adik akan faham dan bolehlah menggunakan cara bahasa begini.
Bahagian ISI
Geofrey wrote:
Sebagai satu contoh tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi ialah seperti di Simpang Mangayau. pemandangan di sana sunguhlah indah. Kami sekeluarga sangat riang ketika itu. Setelah kami selesai makan dan mandi, kami pun berkemas dan pulang ke rumah.
Perengggan ini sepatutnya adik sudah menceritakan Simpang Mengayau dan bukan lagi sebagai satu contoh. Contoh selalunya melibatkan bilangan yang lebih dari satu... lihat cara ayat berikut..
Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi ialah Simpang Mengayau (sila ceritakan WHEN, WHERE... ) Bila adik ke sana, di mana terletaknya Simpang Mengayau. APA yang adik lakukan di sana. Siapa orang lain yang terlibat.
Ayat adik yang diwarnakan COKLAT / BROWN terlalu ringkas dan menuju kepada kesimpulan terlalu cepat. Ada baiknya kala diceritakan juga sedikit rekreasi dan bukan setakat makan dan mandi... tiada permainankah waktu adik ke sana?
PENUTUP
Berikut = lebih baik gantikan dengan "Demikianlah.....Geofrey wrote:Berikut adalah salah satu contoh tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi. Saya juga dapat menerima pengalaman pada hari itu.
menerima pengalaman = apa jenis pengalaman... ceritakan sedikit, sebagai contoh, katakan adik akan ke sana lagi dan membawa rakan-rakan sekolah... ceritakan lagi kira-kira dalam satu perenggan.
Ok, begini... untuk Pengenalan 70%, Untuk isi 80%, untuk penutup 85%, untuk gaya bahasa 60%
bermakna saya memberikan anda markah
(70+80+85+60)/4 = 73.75% (wow... tinggi ni...) tapi adik boleh mendapat yang lebih tinggi.
Permintaan saya, sila buat semula karangan ini .... (Ingat TIPS membuat karangan, mulakan dengan WHAT, WHERE, WHEN, HOW, WHY...
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Inilah karangan saya
inilah karangan saya
tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi
Pada cuti sekolah, kami sekeluarga pergi berkelah di tepi sungai. Angin di situ sangat segar. adik saya tidak sabar lagi untuk terjun di sungai itu. emak sedang mengambil tikar dan menghempasnya di rumput.selepas itu, emak hidangkan makanan di tikar tersebut manakala ayah sedang duduk di bawah pokok sambil membaca surat khabar.selepas kami habis mandi, kami makan makanan yang kami telah bawa. selepas itu, kami pulang dari situ. itulah tempat perkelahan pernah saya kunjungi.
tolong beri markah unuk saya ok

baxley- MBF Member (A)
- Number of posts : 121
Location : SRK St.Edmund Kota Belud
Registration date : 22/04/2008
ucapan
Terima kasih,cikgu Edy sebab periksa jawapan saya untuk karangan yang saya telah buat.
AMY- MBF Regular Member
- Number of posts : 178
Age : 28
Location : Sandakan Town
Humor : pikir la sendiri....
Registration date : 30/04/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
betul tu cikgu edy... gunakan tips yg diberi utk menulis karangan, ia merupakan satu panduan yg boleh digunakan agar karangan anda teratur, aliran sesuai, seronok utk dibaca & tiada pertindihan (ulangan) isi.Cikgu Edy wrote:Ingat TIPS membuat karangan, mulakan dengan WHAT, WHERE, WHEN, HOW, WHY...
Contoh: Antara perkara2 (isi2) yg boleh dipertimbangkan utk membuat karangan.
Tempat Perkelahan Yang Pernah Saya Kunjungi
What (apa)
- apa itu perkelahan
- apa yg menyebabkan kamu pergi berkelah
- apa yg boleh dilakukan ketika berkelah
- apa yg telah berlaku semasa berkelah
Where (di mana)
- di mana tempat yg sesuai utk berkelah
- di mana anda pergi berkelah
When (bila)
- bila masa yg sesuai utk berkelah
- bila anda pergi berkelah
- bila kamu melakukan aktiviti2 spt mandi, makan, bermain semasa berkelah
Who (siapa)
- siapa yg pergi berkelah
- siapa yg perlu pergi berkelah
- siapa semua dlm rombongan
- siapa yg kamu jumpa
- jika terdpt aktiviti spt permainan, siapa semua yg terlibat/ikut
How (bgmana)
- bgmana anda pergi berkelah
- bgmana peristiwa di tempat perkelahan berlaku
- bgmana perasaan anda sebelum, semasa & selepas berkelah
Why (mengapa)
- kenapa perlu berkelah
- kenapa kamu gembira
- mahu pergi berkelah lagi? kenapa?
Apa yg saya senaraikan di atas merupakan contoh atau panduan yg boleh digunakan utk menulis karangan. Tdk semestinya semua hal tersebut dimasukkan dlm karangan, ia bergantung kpd jalan cerita anda. Kadang2 ada perkara2 dlm contoh2 isi di atas yg perlu kita dahulukan atau belakangkan. Ingat, karangan yg baik adalah karangan yg mempunyai isi yg baik, teratur, tdk berulang & jalan cerita yg menarik. Ini akan menyebabkan pembaca (mgkin guru yg memeriksa) membaca keseluruhan karangan anda. Ditambah lagi dgn pendahuluan & penutup karangan yg menarik, kena lagi dgn penulisan yg kemas & ejaan yg betul, tdk mustahil anda akan mendpt markah yg tinggi. Ingat tu...
* Dan... sedarkah anda... dgn hanya menjawab soalan2 di atas, anda dgn mudah menyiapkan apa sj karangan dgn isi yg banyak & tiada pertindihan... mana2 soalan yg tdk relevan atau tiada kaitan dgn tajuk karangan anda, abaikan saja.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Thank you kerana tolong periksa jawapan saya.
Geofrey- MBF Regular Member
- Number of posts : 166
Age : 30
Location : perlis
Humor : regreting the past is useless..
Registration date : 09/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Jasmine wrote:betul tu cikgu edy... gunakan tips yg diberi utk menulis karangan, ia merupakan satu panduan yg boleh digunakan agar karangan anda teratur, aliran sesuai, seronok utk dibaca & tiada pertindihan (ulangan) isi.Cikgu Edy wrote:Ingat TIPS membuat karangan, mulakan dengan WHAT, WHERE, WHEN, HOW, WHY...
Contoh: Antara perkara2 (isi2) yg boleh dipertimbangkan utk membuat karangan.
Tempat Perkelahan Yang Pernah Saya Kunjungi
What (apa)
- apa itu perkelahan
- apa yg menyebabkan kamu pergi berkelah
- apa yg boleh dilakukan ketika berkelah
- apa yg telah berlaku semasa berkelah
Where (di mana)
- di mana tempat yg sesuai utk berkelah
- di mana anda pergi berkelah
When (bila)
- bila masa yg sesuai utk berkelah
- bila anda pergi berkelah
- bila kamu melakukan aktiviti2 spt mandi, makan, bermain semasa berkelah
Who (siapa)
- siapa yg pergi berkelah
- siapa yg perlu pergi berkelah
- siapa semua dlm rombongan
- siapa yg kamu jumpa
- jika terdpt aktiviti spt permainan, siapa semua yg terlibat/ikut
How (bgmana)
- bgmana anda pergi berkelah
- bgmana peristiwa di tempat perkelahan berlaku
- bgmana perasaan anda sebelum, semasa & selepas berkelah
Why (mengapa)
- kenapa perlu berkelah
- kenapa kamu gembira
- mahu pergi berkelah lagi? kenapa?
Apa yg saya senaraikan di atas merupakan contoh atau panduan yg boleh digunakan utk menulis karangan. Tdk semestinya semua hal tersebut dimasukkan dlm karangan, ia bergantung kpd jalan cerita anda. Kadang2 ada perkara2 dlm contoh2 isi di atas yg perlu kita dahulukan atau belakangkan. Ingat, karangan yg baik adalah karangan yg mempunyai isi yg baik, teratur, tdk berulang & jalan cerita yg menarik. Ini akan menyebabkan pembaca (mgkin guru yg memeriksa) membaca keseluruhan karangan anda. Ditambah lagi dgn pendahuluan & penutup karangan yg menarik, kena lagi dgn penulisan yg kemas & ejaan yg betul, tdk mustahil anda akan mendpt markah yg tinggi. Ingat tu...
* Dan... sedarkah anda... dgn hanya menjawab soalan2 di atas, anda dgn mudah menyiapkan apa sj karangan dgn isi yg banyak & tiada pertindihan... mana2 soalan yg tdk relevan atau tiada kaitan dgn tajuk karangan anda, abaikan saja.
TIPS yang sangat menarik...!!! Para murid adalah sangat disarankan supaya menggunakan formula ini....
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Hai Baxley... lihat komen cikgu di bawah...
adik perlu membaiki karangan ini kerana berikut
a. adik kekurangan perbendaharaan kata (vocabulary) - banyakkan membaca buku cerita
b. Nahu / Grammar juga kurang lancar
c. Terdapat kesalahan yang berulang-ulang (contoh : Penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak tepat)
Walaupun, karangan adik ini masih dikira padat dan baik. Tahniah.
Markah adik adalah seperti berikut
Pengenalan 80%
Isi 80%
Penutup 70%
(80+80+70)/3 = 76% TOLAK 5% (Kesalahan yang diulang-ulang) TOLAK 5% (kekurangan tatabahasa)
Markah penuh ialah 66%
Dengan sedikit lagi usaha adik tentu boleh mencapai markah sehingga 100%... teruskan.

Last edited by Cikgu Edy on Tue May 20, 2008 4:27 pm; edited 1 time in total
Cikgu Edy- Moderator
- Number of posts : 968
Humor : hiiii hiii . nobody's perfect laa...
Registration date : 08/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
saya setuju dgn cikgu edy.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
spt yg cikgu edy katakan;baxley wrote:tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga telah pergi berkelah di tepi sungai. Angin di situ sangat segar. Sesampainya kami di sana, adik saya tidak sabar lagi untuk terjun di sungai itu. emak sedang(tdk perlu) mengambil tikar dan menghempasnya di rumput.selepas itu, emak hidangkan makanan di atas tikar tersebut manakala ayah sedang(tdk perlu) duduk di bawah pokok sambil membaca surat khabar.selepas kami habis mandi, kami makan makanan yang kami telah bawa. selepas itu, kami pulang dari situ. itulah tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi.
1. Huruf selepas titik noktah mestilah huruf besar.
2. Memandangkan tajuknya ialah tempat perkelahan yang pernah dikunjungi, maka adalah lebih baik jika beritahu di mana tempat tersebut. Jika di sungai, nyatakan sungai mana.
3. Perkataan menghempas tikar kurang tepat, cuba gunakan 'membentang'.
4. Lengkapkan ayat anda agar lebih menarik.
Jasmine- MBF Member (B)
- Number of posts : 88
Registration date : 04/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Saya tak tahu c mana nak buat karangan ini.
brenda- MBF Super Senior Member
- Number of posts : 619
Location : Lahad Datu,Sabah.
Humor : What does the elf's learn in school? Elf-abet!
Registration date : 15/05/2008
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
nica blh tak buat karangan ne?
Nica97- MBF Junior Member
- Number of posts : 25
Age : 27
Location : Tamparuli, Sabah.
Registration date : 07/07/2009
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
cikgu ..
mcm mne ek nk buad karangan brtjuk bercuti semasa cuti sekolah ,..

zyra- MBF New Member
- Number of posts : 2
Registration date : 08/01/2010
okey tak ? :D
Saya pernah ke Kedah , Langkawi , Bukit Merah dan banyak lagi . Tempat terindah ialah Bukit Merah . Banyak sungguh kenangan disana . Tempat lain seperti Langkawi dan Kedah juga seronok tetapi bagi saya Bukit Merah paling seronok kerana ramai saudara-mara yang ikut sekali . Kedah ialah kampung saya . Suasana di Kedah sungguh nyaman . Begitu juga Langkawi . Saya sekeluarga sangat seronok kerana dapat makan angin di tempat tempat tersebut . Kami harap kami akan pergi lagi .
fyqa.yusof- MBF New Member
- Number of posts : 3
Registration date : 21/01/2010
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Cikgu Edy wrote:ok murid2 semua.. buat karangan tajuk di atas .. mula dengan 30 patah perkataan saja. nanti cikgu edy akan periksa... juga dengan bantuan daripada guru-guru yang lain. selamat mencuba.
Tempat perkelahan yang saya pernah lawati ialah Tasik Titiwangsa. Tempat yang indah ini tiday akan saya lupai.
Masih dalam ingatan saya, bapa kesayangan saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Tasik Titiwangsa pada cuti penggal yang lalu.
kaiqian- MBF New Member
- Number of posts : 1
Registration date : 10/09/2011
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga pergi ke pantai.Sesudah sampai di pantai saya dan adik-adik pergi bermandi-manda.Manakala ibu dan ayah saya mengeluarkan makanan yang dibawa dari rumah.Selepas itu,kami pulang dari pantai dengan perasaan yang gembira.
farah balqis- MBF Junior Member
- Number of posts : 27
Age : 25
Registration date : 11/09/2011
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
Tolong berikan Farah balqis markah.......
farah balqis- MBF Junior Member
- Number of posts : 27
Age : 25
Registration date : 11/09/2011
Re: Sila buat karangan bertajuk "Tempat perkelahan yang pernah saya kunjungi"
hehehehehehe..........
farah balqis- MBF Junior Member
- Number of posts : 27
Age : 25
Registration date : 11/09/2011
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Sila Buat karangan bertajuk "Kegunaan Internet"
» Program PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains)
» Pernah buat aktiviti macam nie kat sekolah tak?
» Tajuk Karangan " Aku Seorang akauntan" - Tahun 4.
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
» Program PEKA (Penilaian Kerja Amali Sains)
» Pernah buat aktiviti macam nie kat sekolah tak?
» Tajuk Karangan " Aku Seorang akauntan" - Tahun 4.
» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum