FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 53 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 53 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Fenomena Pemanasan Global Stress10 Fenomena Pemanasan Global Ikon_b10 Fenomena Pemanasan Global Andadibuli Fenomena Pemanasan Global Berikanper Fenomena Pemanasan Global Ikon_j10 Fenomena Pemanasan Global Ikon_a11 Fenomena Pemanasan Global Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Fenomena Pemanasan Global

+6
diya99
jenson
Borneo
baxley
AMY
Admin
10 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Sun Apr 20, 2008 10:48 pm

Dipetik drpd Utusan Online...

Tangani fenomena pemanasan global
Oleh Mohd. Subhi Marsan

BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal.

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal.

Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan ‘hutan batu’ dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.

Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.

Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.

Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.

Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita.

Amaran
Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.

Umpama peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.

Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.

Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.

Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya.

Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.

Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.

Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.

Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Mon Apr 21, 2008 2:33 am

gambar pencemaran bumi

Fenomena Pemanasan Global Ozonel10
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty reply

Post by AMY Fri May 02, 2008 9:46 pm

I hope all of this will stop......... pale Exclamation affraid confused
AMY
AMY
MBF Regular Member
MBF Regular Member

Number of posts : 178
Age : 27
Location : Sandakan Town
Humor : pikir la sendiri....
Registration date : 30/04/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Sat May 03, 2008 2:33 am

AMY wrote:I hope all of this will stop......... pale Exclamation affraid confused
yes, we all hope all these will stop, but the problem is it's very difficult to change humans' attitude.
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by baxley Mon May 05, 2008 8:14 pm

yes thats true Wink Smile Very Happy cyclops pirat cheers
baxley
baxley
MBF Member (A)
MBF Member (A)

Number of posts : 121
Location : SRK St.Edmund Kota Belud
Registration date : 22/04/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Tue May 06, 2008 8:58 pm

Tahukah kenapa kita selalu dengar mengenai banjir sejak kebelakangan ini?
Sebabnya...
1. Iklim bumi (atau suhu) semakin panas, menyebabkan ais di kutub utara & selatan semakin mencair (melebur), maka semakin banyaklah air di bumi. Sebenarnya ais di kutub berperanan utk mengawal jumlah air di bumi.
2. Bila jumlah air bertambah, banyak daratan akan tenggelam. Bermakna, kawasan darat semakin kecil.

Kenapa bumi semakin panas?
1. Manusia banyak mengeluarkan asap pencemaran drpd kenderaan, kilang2, dan gas2 spt karbon dioksida, metana dan sebagainya. Pendek kata apa sj jenis gas, termasuklah asap rokok & masakan dari dapur.
2. Gas2 ini akan tersimpan/terkurung di atmosfera (udara) kita & tidak akan terlepas ke angkasa.
3. Bila haba drpd matahari memancar ke bumi, sepatutnya sedikit shj yg akan diserap oleh bumi manakala sebahagian besar akan dipantulkan semula ke angkasa.
4. Bgmanapun, kerana adanya gas2 yg terkurung di atmosfera(udara) kita, maka haba ini akan terhalang drpd dipantulkan (dibuang) balik ke angkasa. Semakin banyak haba terkumpul, semakin panaslah bumi kita.
5. Dan semakin panas bumi kita, semakin cepatlah ais di kutub melebur/mencair.
5. Maka, semakin cepat ais di kutub melebur, semakin banyaklah jumlah air di sini bumi.
6. Dan apabila jumlah air sini bumi semakin bertambah, daratan (tanah) pun akan semakin kecil kerana semakin banyak kawasan yg akan perlahan2 ditenggelami air.

Anda takut? Apa yg anda perlu buat?
CINTAILAH ALAM SEKITAR! JANGAN MENCEMARKAN ALAM SEKITAR ANDA !!! Jangan membuang sampah di merata2 tempat, jgn suka2 membakar secara terbuka, jgn sewenang2nya menebang pokok2, jgn suka2 buang sampah ke sungai atau laut... dan beritahu kawan2 agar menjaga BUMI kita ini. Jangan musnahkannya...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Borneo Fri Jun 13, 2008 11:06 am

Tahniah admin kerana berkongsi ilmu dengan ahli-ahli forum. Satu perkara lagi yang kita terlupa mengenai punca pemanasan global ialah berlaku kejadian dimana bumi hampir dengan matahari pada masa tertentu mengikut kiraan pakar astronomi. Fenomena ini juga telah menyumbang kepada isu pemanasan global dan rentetan drp itu, berlaku kecairan air di Kutub yang disebutkan oleh admin tadi dan berlaku fenomena alam seperti banjir dsb. Fenomena ini tidak dikaitkan dengan tabiat manusia tetapi kejadian ini memang tidak dapat dielakkan kecualilah kita ini makhluk berkuasa seperti Superman dsb yg boleh mengubah arah putaran bumi dan jaraknya drp matahari. Very Happy
Borneo
Borneo
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 17
Registration date : 13/06/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Fri Jun 13, 2008 1:30 pm

terima kasih Borneo ttg informasi yg diberi.... ya betul tu, dlm peredaran bumi mengelilingi matahari, peredarannya dlm bentuk elips (bujur) menyebabkan ada ketika di mana kedudukan bumi agak hampir dgn matahari dan pd ketika inilah suhu bumi akan meningkat drpd keadaan biasa. Jd, ini juga menyumbang kpd pemanasan global. Thanks Borneo...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by baxley Mon Aug 25, 2008 7:40 pm

yes, i hope all of this will stop. Crying or Very sad if they realize what are they doing, they will stop this instantly. Smile
baxley
baxley
MBF Member (A)
MBF Member (A)

Number of posts : 121
Location : SRK St.Edmund Kota Belud
Registration date : 22/04/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by jenson Mon Sep 01, 2008 6:12 pm

haiiyyaaaa............these ungrateful human beings just keep on destroying earth....i remember wen i was little, the afternoons have normal temperature(perfect for playing outside...hahaha)....BUT NOW....huh....u all know wat i mean.....
jenson
jenson
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 3
Age : 30
Location : SABAHHH
Registration date : 01/09/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Admin Mon Sep 01, 2008 7:29 pm

yes, this is the problem that we are facing nowadays... and do you think it will back to normal? No, it will become worst... the more the number of human, the more the activities, so the more we release greenhouse gasses to the air... and the warmer our earth... the more the occurrence of floods... so there will be more people die...
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

https://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by diya99 Sun Apr 26, 2009 7:43 am

If only one person relize the awareness to take care of our Earth, it would'nt give any drastic changes. I think a campaign like replanting trees in the urban area may help.As we can see less trees we can find in this area. We know the function of trees as the cooler agent of Earth. So why don't we increase the number of trees in this area. Atleast it can absorb and reduce the green house gasses.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X Sun Apr 26, 2009 10:17 am

yes that's true... i agree with you... we must plant more trees to reduce the heat and green house gasses. But what is happening now is enough to make us panic... the number of plants decrease so fast... because of what we called development...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by diya99 Sun Apr 26, 2009 12:36 pm

Well. I think our government should strictly take an action only to approve the project that will take care of our environment. Means that, the contractor needs to plan a project that include the way to preserve our environment.
diya99
diya99
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 84
Location : sabah
Registration date : 17/04/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 7:53 pm

Perubahan iklim global sememangna isu panas yang sering dibincangkan oleh para saintis di seluruh dunia. Baru-baru ini, ahli sains kaji iklim mengeluarkan amaran tentang isu pemanasan global yang mana telah menggalakkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) meminta ahli politik sedunia supaya menangani krisis pemanasan global tersebut.

Purata suhu permukaan global boleh meningkat antara 1.1 °C (1.98 °F) dan 6.4 °C (11.52 °F) berbanding dengan tahun 1980 hingga 1990. Paras laut akan meningkat sekurangnya 18 cm (7.2 inci). Perubahan iklim telah menyebabkan kesan global dari segi aspek fizikal, kimia dan sistem biologi.

Penilaian ke atas imej satelit membolehkan jenis perubahan secara serantau dan kedudukan sebenar sumber perubahan dapat dikenalpasikan. Data inej satelit dapat digunakan dalam pemantauan pelbagai perara berkaitan perubahan pemanasan iklim global anataranya letusan gunung berapi, kejadian El Nino, peningkatan suhu bumi, penipisan lapisan ozon, pencairan glasier dan kenaikan paras laut.
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 7:57 pm

Fenomena Pemanasan Global El-nin10

kawasan putih adalah air panas (fenomena el nino)
kawasan ungu adalah air sejuk (fenomena la nina)
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 8:02 pm

Antara fenomena yang berkaitan dengan pemanasan iklim global adalah letusan gunung berapi dan kejadian El Nino. Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) telah digunakan untuk mengesan kesan letusan gunung berapi contohnya Gunung Pinatubo di Filipina yang membebaskan sulfur dioksida ke atmosfera. Kejadian El Nino (pergerakan pemanasan air laut) yang kerap berlaku dirakam menggunakan satelit National Oceanic and Atmospheric administraton (NOAA) telah menyebabkan pola cuaca seluruh dunia turut berubah.


Last edited by Idz on Tue Apr 28, 2009 8:17 pm; edited 1 time in total
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 8:07 pm

Fenomena Pemanasan Global Uars10

Satelit UARS
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 8:11 pm

Pemerhatian dari angkasa oleh satelit telah digunakan dalam memantau peningkatan suhu tahunan global. Seasat radar scatterometer dapat menunjukkan corak putaran angin di permukaan laut. Manakala gabungan anatar imej satelit Nimbus 6's High-resolution Infra-red Sensor (HIRS) dan MSU microwave serta data infrared pula menunjukkan purata suhu harian permukaan dataran dan lautan.

Pihak NASA Goddard Institute of Space Science (GISS) menggunakan satelit MODIS Aqua yang berkeupayaan menyediakan data suhu global dalam masa singkat.
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 8:14 pm

Fenomena Pemanasan Global Gsst10
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 8:16 pm

Sensor angkasa telah digunakan dalam pemantauan penipisan lapisan ozon di kawasan Artik kutub utara. Manakala sensor jenis pengangkutan udara telah dapat mengenalpasti penipisan lapisan ozon yang lebih besar di kawasan Kutub Antartik selatan antara tahun 1979 hingga 1992.
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X Tue Apr 28, 2009 9:25 pm

1. Apa kaitan kesan rumah hijau dgn pemanasan global?

  • Kesan rumah hijau (greenhouse effect) merujuk kpd fenomena yg mengekalkan suhu bumi dlm julat yg sesuai utk membolehkan kehidupan berkembang.
  • Haba dr matahari memanaskan permukaan bumi & atmosfera. Tenaga haba ini sepatutnya dipantul balik ke angkasa di mana hanya sebhg sj yg diserap oleh gas2 di atmosfera spt gas karbon dioksida & metana. Gas2 ini membentuk lapisan penebat.
  • Dgn adanya gas2 rumah hijau ini, suhu permukaan bumi dpt distabilkan dlm lingkungan 59°F (15°C). Tanpa gas2 ini, suhu permukaan bumi boleh jatuh sehingga 0°F (-18°C), iaitu suhu yg boleh membekukan & tdk membenarkan kehidupan.
  • Jd, pemanasan global (Global warming) merujuk kpd peningkatan suhu bumi kesan drpd peningkatan gas2 rumah hijau di atmosfera yg memerangkap haba.
2.....
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 9:37 pm

Fenomena Pemanasan Global Ozoneh10
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Cikgu X Tue Apr 28, 2009 9:43 pm

2. Apa yg menyebabkan pemanasan global?

  • Saintis menyimpulkan bhw aktiviti manusia menyumbang kpd pemanasan global melalui penambahan jumlah yg besar gas2 rumah hijau di atmosfera yg memerangkap haba matahari drpd terlepas/terpantul ke angkasa.
  • Minyak fosil (spt diesel, petrol, dsb) adalah sumber utama gas2 ini. Setiap kali kita memandu kereta, menggunakan elektrik drpd penjana kuasa, atau memasak di rumah menggunakan minyak atau gas, kita membebaskan gas karbon dioksida dan gas2 pemerangkap lain di udara.
  • Sumber kedua gas2 rumah hijau ialah pemusnahan hutan.
  • Sejak permulaan zaman industri lg, penambahan kepekatan karbon dioksida telah meningkat sebanyak 31 %. Pd tempoh yg sama, gas metana telah meningkat kpd 151 %, banyak berpunca drpd aktiviti pertanian spt menanam padi & menternak lembu.
  • Bila kepekatan gas2 ini bertambah di atmosfera, lebih banyak haba diperangkap & hanya sedikit shj yg terlepas ke angkasa.
  • Peningkatan kuantiti haba yg terperangkap telah mengubah iklim dunia & mengganggu corak cuaca yg menyebabkan kekeringan luar biasa & juga ribut taufan yg dahsyat.
3.....
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Idz Tue Apr 28, 2009 10:06 pm

Bagaimanakah saya sebagai pengguna dapat mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau?

  • Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumah hijau di atmosfera disumbangkan oleh aktiviti manusia, kita sebagai pengguna harus memberhentikan penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Apabila membeli tin-tin aerosol, baca label dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak menggunakan CFC.

  • Kebanyakan pengeluaran ‘athropogenic’ gas-gas rumah hijau adalah disebabkan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum. Oleh kerana itu sebagai pengguna kita harus mengurangkan permintaan terhadap bekalan elektrik dengan mengamalkan penjimatan bekalan elektrik. Ubah cara hidup kita untuk mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan – seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas, pastikan kenderaan diselengara mengikut kekerapan tertentu. Anda juga boleh mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian dan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal untuk perjalanan jarak dekat.

  • Kurangkan penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan
    bertanggunjawab. Pereputan sisa-sisa organik mengeluarkan gas-gas rumah hijau seperti metana.

  • Kita harus membeli dan seterusnya menggalakkan penggunaan produk kayukayan, di mana sumber kayu untuk produk-produk sedemikian datang daripada hutan yang diurus secara lestari dan mengamalkan penanaman semula hutan.

  • Secara keseluruhan kita harus menggunakan sumber-sumber bumi dengan penuh bertanggungjawab. Fikir dahulu sebelum guna / membeli.
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Fenomena Pemanasan Global Empty Re: Fenomena Pemanasan Global

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum