FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5

Go down

Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5 Empty Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5

Post by Guest on Fri Nov 04, 2011 8:59 pm

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.
"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.
"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - BERNAMA


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KohortPPSMIbolehditeruskanhinggaTingkatan5_Muhyiddin/Article/index_html

Guest
Guest


Back to top Go down

Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5 Empty Re: Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5

Post by Admin on Thu Nov 10, 2011 9:03 pm

gembiralah semua ibubapa yg mahu ppsmi diteruskan... adil bg semua...

_________________mbf...
Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5 To_tea16
Admin
Admin
Admin
Admin

Number of posts : 3369
Registration date : 19/04/2008

http://maribelajar.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum