FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...

Join the forum, it's quick and easy

FORUM MARI BELAJAR
Selamat datang ke Forum Mari Belajar (MBF)... sila login/daftar... pendaftaran percuma, sangat mudah, sangat cepat & tidak cerewet... ada ruangan yg anda tdk dpt lihat jika tidak login...

Terima kasih atas kunjungan anda...
FORUM MARI BELAJAR
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ranking Web Pendidikan
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Klik utk lihat senarai...

ILMU YANG TIDAK TERNILAI... Cgu, ank sy dlm thn 5 dan lmh dlm sub sains.. Sy amat ssh hati krn thn dpn dia pula akan mnduduki upsr. sy mncari2 tips utk sy praktikkn pd ank sy dan di ruangan ini sy temui segalanya.. Ats usaha cgu ini sy mndpt bnyk pengetahuan.. Terima kasih ats usaha cgu semoga diberkati segala ilmu yg dikongsikan brsama... (ummiS 8sept11 12.14am) Klik

Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 46 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 46 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 436 on Mon Sep 20, 2010 10:16 pm
Latest topics
» Detergent, suggestions
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:38 pm

» Nak beli mesin basuh
by samuelbass Sun Jan 09, 2022 4:32 pm

» Sila perkenalkan diri anda... tp tdk wajiblah...
by Admin Thu Jun 18, 2015 9:54 am

» soalan BM
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:53 pm

» LATIHAN BAHASA MELAYU UPSR
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:49 pm

» pecahan
by daniya2003 Sat May 23, 2015 8:41 pm

» Karangan : GURU SAYA
by 'Ainun Najihah Tue May 19, 2015 3:55 pm

» 14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja
by salshark58 Tue May 12, 2015 9:33 am

» SOALAN KBAT
by syrfna Sun Apr 26, 2015 9:08 pm

» Nak atasi subjek yang x pernah lulus !
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:50 pm

» Kawan nk x???
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:48 pm

» WAJIB DAFTAR SEBAGAI AHLI FORUM
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:47 pm

» BARU atau BAHARU
by Admin Mon Apr 06, 2015 7:41 pm

» talk in english, IF YOU DARE!
by Nuhaaa98 Tue Mar 17, 2015 10:41 pm

» geografi NOTA
by logapriya.murugaiah Sat Nov 29, 2014 7:44 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 1:06 pm

» bahasa melayu
by logapriya.murugaiah Fri Nov 28, 2014 12:36 pm

» math : Strawberry
by ijibang Wed Nov 26, 2014 1:21 am

» Salam Kenal
by erwinmaya Mon Nov 03, 2014 11:42 am

» English Grammar Exercises
by M.TASHVEENA* Sat Oct 18, 2014 11:16 am

» berkongsi belajar Matematik
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:49 pm

» BAHASA MELAYU
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:40 pm

» Koleksi bank soalan UPSR
by M.TASHVEENA* Sun Oct 12, 2014 8:32 pm

» Sport Day
by M.TASHVEENA* Sat Oct 11, 2014 10:08 pm

» SIMPULAN BAHASA
by M.TASHVEENA* Sun Oct 05, 2014 4:29 pm

FMB Chatbox


NOTIS / IKON MBF
Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Stress10 Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Ikon_b10 Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Andadibuli Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Berikanper Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Ikon_j10 Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Ikon_a11 Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Ikon_a12
Online English Dictionary
www.educationatlas.com
16731 blu 0
online education degrees
Pengunjung / Visitors


Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

+3
Cikgu X
Cikgu Sensei
anakkubijak
7 posters

Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Fri May 07, 2010 11:50 am

Anak-anak kita atau pelajar sekolah masih lemah walaupun mengulangkaji dengan rajin? Jawabannya - sistem pembelajaran yang berteraskan 'pembelajaran input' - membaca, menghafal, mendengar dan seterusnya belajar. Terlalu banyak usaha mengisi ilmu, tetapi terlalu sedikit diaplikasikan ke atas soalan peperiksaan sebelum dan ketika peperiksaan.

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Pembelajaran%20input

'Pembelajaran output' pelengkap proses pembelajaran pendidikan anak kita atau pelajar sekolah. Ia melatih untuk mengeluarkan apa yang dipelajari, seterusnya mencurahkannya ke atas soalan peperiksaan sebenar serta mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk membolehkannya bersaing untuk menempatkan diri di universiti. Cara belajar dan konsep pendidikan seimbang dengan sistem pelajaran sekolah dan diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan satu teknologi pendidikan dan teori pembelajaran untuk anak anda menjadi pelajar cemerlang dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Pembelajaran%20output

Score A adalah produk yang membantu proses pembelajaran output melalui laman web yang interaktif, membantu perkembangan minda anak kita dan pelajar sekolah untuk memastikan mereka bersedia dengan soalan peperiksaan sebenar seterusnya menjadi pelajar cemerlang dengan keputusan peperiksaan semuanya skor 'A'.

**Petikan Buku "Tips Pelajar Cemerlang" tulisan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah : "Pelajar dapat mengingat sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan dengan menjawab soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca."

Untuk detail, layari http://www.anakkubijak.com
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Post di atas adalah promosi business MLM~~

Post by Cikgu Sensei Wed May 12, 2010 2:01 am

~~~~~Sekadar untuk memberitahu, produk yang dipaparkan di atas adalah produk yang menggunakan wang - maksudnya jika anda nak Soalan2 peperiksaan melalui produk ni, anda mesti beli, kalau tak, tak dapat la~~
dan syarikat yang memasarkan produk itu jugak menyediakan peluang business MLM..
Thank you
Cikgu Sensei
Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 78
Age : 37
Location : Cheras / Tg Malim
Humor : Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date : 25/11/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Wed May 12, 2010 10:55 am

Salam Cikgu Sensei...

Terimakasih atas pandangan tu. Sememangnya ia perlu dibeli tetapi ada beberapa perkara yang harus dilihat secara positif di sini, sebab, saya juga pada mulanya agak negatif, tetapi akhirnya, setelah meneliti 'nilai' atau 'ROI' yang di bawa oleh produk, akhirnya, saya bersetuju dan menggunakannya untuk anak sendiri.

Biaklah, semua benda pun menggunakan wang. Jika anda beli koleksi soalan peperiksaan tahun lepas pun perlu wang juga. Masa saya sekolah dulu, saya beli melalui pos, harga pun beratus juga. Nak dapatkan buku pun kena beli juga guna wang. Boleh photocopy buku tu dari kawan, tapi tu tak beretika dan mungkin tidak berkat.

Publication house pula tidak menjual direct kepada student soalan2 tahun lepas ni atau buku2 ni. Mereka menyediakan peluang bisness kepada pengedar, kemudiannya peluang bisness pula kepada pekedai buku. Ada sesetengah cikgu pula ambil kesempatan menjual buku2 atau buku latihan ini kepada pelajar.

Semua di atas, itu bagi saya, saya tolak ketepi dulu..

Produk ini pula bukan semata2 soalan peperiksaan tetapi soalan2 ramalan dan juga soalan2 yang direka berdasarkan sukatan pelajaran. Dalamnya ada nota2 dan sebagainya. Jadi aia bukanlah buku soalan peperiksaan semata-mata. Konsep yang di bawa ialah mengeluarkan apa yang dipelajari disekolah atau kelas tuisyen sehingga pelajar terbiasa dengan masa dan juga soalan tersebut. Untuk tidak membosankan, maka ia dibuat secara interaktif.

Bagi saya, saya tolak ketepi whatever tentang wang dan bisness. Kerana mana-aman pun akan berlaku bisness - kedai buku, kertas soalan peperiksaan, tuisyen dsbnya. Oh ya tuisyen juga memerlukan wang, soalan mungkin diberi tetapi bukannya free, sebab kena bayar fee per subjek. Tolak ia ketepi kerana itu perkara kedua. Yang utama ialah pelajaran. Anda boleh baca cerita saya di sini http://pintarexam.anakkubijak.com/?p=4 kerana saya juga alergik MLM ni. Nak kata bisnes, apatah lagi..kerana terus terang saya, bisness saya diinternet lebih dari mencukupi untuk saya, melebihi dari gaji RM5k saya sekarang. Tetapi saya memandang pada satu sudut lain, iaitu kaedah pelajaran yang di bawa dan juga nilai atau value bantuan yang diberikan berbanding harganya. Jadi ini lebih significant bagi saya.

Pada anda terpulang...
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Cikgu Sensei Thu May 13, 2010 2:05 am

Salam kembali kepada En. Anakkubijak.

Thank you atas penerangan di atas. Memang betul kata anda, mana-mana pun memerlukan wang- sama ada tuisyen, buku kerja, buku rujukan dan sebagainya.. Itu saya tak nafikan.

Jadi, saya teringin untuk bertanya, jika seseorang berminat dengan program Score A ini, maka dia harus menjadi ahli dalam komuniti perniagaan tersebut, bukan? Saya difahamkan yang modal paling minimum untuk jadi ahli tersebut sudah beratus (betulkan saya jika salah)...

Selain itu, saya difahamkan yang jika seseorang itu ingin mendapatkan semula modal yg telah dia guna utk beli produk ni, maka dia harus mencari orang lain - sprti rakan, dan sebagainya, supaya menyertai komuniti ini.
Jadi, bukan kah prinsip ''cari orang'' ini adalah prinsip MLM~~
Cikgu Sensei
Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 78
Age : 37
Location : Cheras / Tg Malim
Humor : Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date : 25/11/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Thu May 13, 2010 10:06 am

Kalau nak beli satu persatu, tak jadi ahli pun. Kalau beli pakej akan automatik jadi ahli. Kalau ambil pakej, automatik jadi ahli tetapi tidak semestinya anda mesti bisnes. Terpulang, nak guna untuk anak saja atau nak buat bisnes sekali itu hak masing2. Harga beratus pun jika di bahagikan dengan bulan yang diberi, ia tak sampai RM50 pun sebulan untuk semua subjek. Kalu bagi per subjek pun cuma beberapa sen saja sebulan utk satu subjek. Bandingkan harga produk ini dengan buku yang mesti dibeli dan juga alat bantuan lain seperti buku latihan dan buku soalan2 lepas...ia sebenarnya lebih murah..

Bukan prinsip tetapi itu adalah cara marketing. Cara marketing tu tolak ke tepi. Apa-apa pun dalam dunia ni boleh dibuat MLM. Buku pun boleh buat - rujuk ke Stormreaders.com, mereka pasarkan ebook secara MLM. Itu cara marketing sahaja, produknya, apa-apa pun boleh dijadikan produk.

Jangan lihat pada pemulangan modal dari segi RM. Itu kalau kepala nak bisnes. Kalau kepala untuk memajukan pelajaran anak, pulangan modalnya pada keputusan peperiksaan anak. Isteri saya bekerja di bahagian pengambilan UiTM dan untuk pengetahuan semua, persaingan ke universiti terlalu tinggi. Setakat 5A sekarang, belum tentu boleh masuk ke U. Boleh masuk tapi mungkin bidang yg sukar utk dapat pekerjaan atau bidang yg sukar utk buat bisnes. Atau kalau masih tiada pilihan dan banyak duit masuklah IPTS. Saya ada dua orang anak saudara - seorang IPTS dan seorang IPTA. Bezanya, seorang result cemerlang, seorang kurang cemerlang. Yang kurang cemerlang ni terpaksa masuk IPTS. Yurannya RM11,000 untuk 1 tahun. Yang masuk IPTA ni pula keputusan agak cemerlang, yurannya RM11,000 untuk 3 tahun. Kiralah sendiri. Kita sebagai ibu bapa sebenarnya memainkan peranan lebih awal agar anak kita cemerlang. Di sinilah Score A ini mampu membantu dan memainkan peranannya. Seboleh-bolehnya, jangan sampai anak kita masuk tingkatan 6 (maaf, ini berdasarkan pengalaman). Sebaiknya, lepas tingkatan 5 saja terus ke universiti! Saya akan tulis ni dalam blog saya kemudian. Untuk itu persediaan awal itu penting dan seklai lagi Score A ini boleh menjadi bantuan.

Pulangan modal ada pelbagai cara - boleh jual access selebihnya atau cari orang kalau anda mahu. Seperti bisness lain juga, kena cari orang (pembeli), baru boleh jual, so tiada beza sebenarnya. Itu perkara kedua. Yang paling penting ialah bagaimana anda thread produk itu...kalau anda melihat kepada pulangan modal dari segi RM, itu hak anda. Kalau anda melihat pada pulangan modal dari segi kemajuan anak anda, itu hak anda, jika anda melihat kepada pulangan modal RM + kemajuan anak anda, itu juga hak anda.

Produk ni bukannya produk kopi, sabun atau makanan kesihatan yang tiada Return On Investment (ROI). Produk ini yang saya lihat memiliki ROI yang tinggi. Kerana itu saya setuju membelinya dan kerana itu juga bagi saya cara marketing tu saya pandang sebagai perkara kedua. ROI - return on investment, bukan dari segi RM, tetapi dari segi pelajaran anak-anak. ROI nya ada pada anak...

Bagi saya pelajaran untuk anak itu penting. Anak saya sendiri 2 org berada di tadika dan saya belanjakan RM800 sebulan, belum campur pendaftaran RM2,400. Malah anak saya saya hantar ke sekolah muzik Yamaha dengan yuran RM110 sebulan, tu belum campur dengan piano yang saya beli...

Bukan untuk menunjuk2, tetapi cuma nak bagi tau bahawa pelajaran itu terlalu penting. Ilmu sebenarnya bernilai lebih tinggi dari wang yang kita belanjakan. Saya belajar dari pengalaman saya yang pernah ambik SPM 2 kali ini, tetapi masih mampu bangun dan kemudiannya berjaya belajar ke luar negara dan balik dengan ijazah.

Jadi, terpulang pada semua samada anda hanya mahukan kejayaan anak atau anda fikirkan wang semata-mata, atau anda perlukan kedua-duanya...itu hak anda.

Cuma bagi saya, value produk ini lebih tinggi dari RM yang dikeluarkan, dan bagi saya juga produk ini mampu memberikan ROI yang tinggi melalui pelajaran anak kita...itu saja...
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Cikgu Sensei Fri May 14, 2010 12:22 am

Ok, saudara anakkubijak.
Terima kasih atas penerangan di atas.

Tentang program Score A ini, adakah content soalan-soalan dan nota-nota ulangkajinya sentiasa dikemaskini? Maksud saya begini - saudara ada menyebut di atas bahawa saudara mempunyai 2 org anak yg masih tadika.

Maknanya mungkin setahun atau 2 tahun lagi mereka baru masuk sekolah rendah. Umum mengetahui bahawa pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan dlm Bahasa Melayu mulai tahun 2011.

Jadi jika content soalan-soalan dan nota-nota ulangkaji program ni masih lagi menggunakan English language, saya tertanya-tanya tidakkah ini akan menjejaskan reputasi program ni kerana content nya tidak up to date ~~~
Cikgu Sensei
Cikgu Sensei
MBF Member (B)
MBF Member (B)

Number of posts : 78
Age : 37
Location : Cheras / Tg Malim
Humor : Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAH
Registration date : 25/11/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Cikgu X Fri May 14, 2010 12:57 am

score A ni mmg program yg baik... cuma... ia terlalu berorientasikan duit... dan agak 'besar'... pd yg berkerjaya, gaji agak besar, atau berpendapatan besar, mmg tiada masalah... komposisi rakyat malaysia 28juta org pula bgmana? berpendpatan besar? berkerjaya? kalaupun bergaji tp jumlah setakat biasa2, score a jauh dr capaian... sb itu ramai betul yg setakat mendengar sj ttg score a tp tiada niat sedikitpun utk masuk... apa lg utk tambah pendptan sampingan... maka, bergantunglah mereka sepenuhnya... 100% kpd guru2 di sekolah... dan ramai yg sdh berjaya...
Cikgu X
Cikgu X
Special Rank

Number of posts : 3202
Registration date : 12/11/2008

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Fri May 14, 2010 1:32 pm

Sebelum tu saya ingin ucapkan terimakasih kepada anda semua terutama Cikgu Sensei & Cikgu X kerana memberikan saya peluang untuk bercakap tentang pelajaran yang sudah lama saya idamkan tetapi masih tidak memiliki peluang sepenuhnya.

Sebelum tu, untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya seorang ‘trainer’ juga auditor di tempat saya bekerja sekarang, selain dari memiliki perniagaan internet sendiri. Latarbelakang saya – terdiri dari 7 orang adik beradik dan saya yang bongsu. Dari 7 orang tu, 4 orang adalah guru sekolah. Seorang darinya guru sekolah menengah (suami isteri mengajar sekolah yang sama). Dari 7 orang tu juga hanya 3 orang yang sampai ke universiti. Dari 3 orang yang ke universiti, 1 orang yang jadi cikgu. Isteri saya pula bekerja di UiTM. Kakak ipar saya pula 2 orang bekerja sebagai pensyarah. Seorang UiTM (suami isteri) dan seorang lagi di KLMU. Baiklah, apa yang saya ingin beritahu ialah, saya dikelilingi oleh cikgu atau kalau upgrade ke universiti dipanggil pensyarah. Jadi saya sebenarnya cukup suka untuk bercakap tentang pelajaran.

Untuk Cikgu Sensei – itu tiada masalah sebenarnya. Sebab score a sentiasa mengikut sukatan kementerian pelajaran. Merekalah yang meluluskan score a utk di pasarkan. Score sudah wujud lama, tetapi tidak dipasarkan kerana ia diperingkat kajian di mana dengan kerjasama kementerian pelajaran, beberapa buah sekolah telah dipilih untuk kajian, dari sekolah tercorot hingga ke sekolah terbaik. Setelah ia terbukti, baru kementerian luluskan untuk dipasarkan. Jadi, daripada 9 tahun usia score a, hanya dua tahun kebelakangan ini ia mula dipasarkan. Itu pun setelah beribu testimony dan bukti dan juga ia disokong oleh kementerian pelajaran dan semua menteri pelajaran yang pernah memegang portfolio ini. Syarikat yang memasarkan score a berkerjasama dengan kementerian pelajaran. Oleh itu sebarang pertukaran standard pelajaran Malaysia perlu di patuhi untuk membolehkan score a mendapat kelulusan pemasaran. Sebab tu dulu sains dan matematik dalam BM sekarang dalam BI sepenuhnya dan jika bertukar ke BM semula Score juga akan mematuhi standard ini. Boleh rujuk sini - http://www.anakkubijak.com/index.php?option=com_phocagallery&view=category&id=9&Itemid=59, tapi banyak lagi saya tak masukkan.

Untuk Cikgu X – saya suka apa yang anda ajukan. Malangnya forum ini tidak mampu untuk memuatkan apa yang ingin saya katakan. Jadi, saya akan mengatakannya dengan ringkas. Saya akan membincangkan ini secara panjang lebar dalam blog saya nanti.

Ok, mari kita lihat satu persatu apa yang Cikgu X perkatakan. Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa Score A bukannya bertujuan menggantikan guru, sekolah atau pusat tuisyen. Score A hanya melengkapkan proses pembelajaran. Kerana terlalu sukar untuk pembelajaran output diterapkan. Jika ada input, maka perlu ada output. Jika kita makan (input) maka perlu ada output (buang air, dsbnya).

Guru dan sekolah masih diperlukan kerana ia adalah ‘input’ di mana pelajar kena makan ilmu setiap hari. Ada ibu bapa yang mampu hantar kelas tuisyen, maka sekali lagi pelajar diberi makan ilmu. Tapi bila pula nak keluarkannya? Hanya semasa peperiksaan dan ujian. Ini menyebabkan ketidak seimbangan. Bayangkan makan setiap hari tetapi buang air sebulan sekali…apa jadi? Tetapi jika kita biasakan buang air setiap hari, maka kita akan sihat, cergas dan sudah tentu semuanya akan berjalan dengan lebih baik. Begitulah juga, input sudah diberikan setiap hari oleh guru, sekolah dan tuisyen (jika hantar tuisyen) tetapi bila pula mereka nak biasakan diri mereka untuk mengeluarkan apa yang dipelajari ke atas peperiksaan? Alangkah baik jika pelajar ini keluarkannya selalu, maka mereka akan mudah mengingat dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Kenapa soalan peperiksaan terlalu banyak yang berulang-ulang setiap tahun, sehingga wujud soalan ramalan, tetapi ramai yang terkandas? Kerana mereka tidak keluarkan apa yang dipelajari. Jika mereka biasakannya, maka peperiksaan adalah sesuatu yang biasa kerana mereka sudah bersedia untuk menghadapinya. Pemain badminton contohnya, dapatkah mereka menjadi pemain terbaik jika Misbun hanya mengajar mereka teori bagaimana pegang raket (input), bagaimana nak buat dropshot (input), dsbnya jika tanpa latihan (output)?

Ia bukan berorientasikan duit. Ia berorientasikan pembelajaran secara output. Cuma ia memerlukan duit seperti yang pernah Cikgu Sensei persoalkan. Bagaimanapun, seperti yang saya katakan, tiada yang percuma untuk kita belajar. Anak sekolah perlu ibu bapa perlu bayar yuran. Tu sekolah kerajaan...sesetengahnya ke sekolah swasta atau sekolah international kerana mereka berpendapat sekolah tu lagi baik, jadi yurannya pula beribu sebulan…hmmm.. Itu sekolah saja. Bagaimana dengan yang lainnya? Buku, dll, Ini saya akan tulis dalam blog kemudian.

Baiklah, mari kita lihat tentang harga pula. Tahukah anda Score A ini valid untuk berapa tahun? Mari kita ambil salah satu pakej yang mahal, iaitu EP berharga RM1788. Ia mengandungi 5 set access untuk semua subjek, untuk 5 orang anak untuk 2 tahun. Bahagikannya seperti ini :

RM1788 / 5 orang anak / 24 bulan = RM14.90 sebulan seorang anak.

Cuba bahagikan pula kepada matapelajaran. Katalah hanya ada 5 subjek saja yang diajar disekolah, maka 14.90 / 5 = RM2.98 sahaja satu subjek sebulan seorang. Kalau anak anda ambil 9 subjek? RM1.65 saja seorang sebulan.

Itu dari segi matematiknya. Dari segi generalnya, lihat sekeliling anda. Berapa ramai yang pakai handphone dengan harga RM500 ke atas? Ok, kalau pakai handphone murah pun, berapa ramai anak mereka pakai handphone? Campur semuanya. Jangan campur bill atau prepaid dulu.

Ok, lihat lagi, berapa ramai yang pakai kereta? Dalam ramai2 tu, berapa pula yang sanggup berhabis duit beli aksessori kereta sehingga harga lebih dari harga kereta itu sendiri?

Berapa ramai yang beli DVD player, berapa banyak di spent utk beli movie baru?

Paling teruk, berapa ramai yang sanggup habis duit kat kedai nombor ekor/4D?

Orang beginilah yg paling ramai saya jumpa kata takde duit nak beli Score A…

Baiklah, ini akan saya ceritakan dalam blog kisah bapa saya yang Cuma bergaji RM450 sebulan, menanggung pelajaran kami 7 orang adik beradik. Bagaimana bapa saya terpaksa menjualkan semua kerbaunya kerana pelajaran kami, bagaimana emak saya tanam sayur dan kami jualkannya untuk tampung pelajaran kami adik beradik. Bagaimana bapa saya terpaksa menangguhkan untuk siapkan rumah kami dan terpaksa menumpang rumah nenek hanya kerana pelajaran kami adik-beradik. Ini saya ceritakan kemudian dalam blog saya kerana ia terlalu panjang.

Ok, mari kita sentuh satu lagi, anda kata 100% bergantung guru sekolah…saya rasa tu tak tepat. Kerana ramai mereka menghantar anak ke kelas tuisyen. Kalau tidak pun mereka akan paksa anak mereka baca buku, belajar sendiri. So, ia tidaklah 100% bergantung pada guru sekolah. Mereka hantar sekolah kerana itu adalah kewajiban kepada semua ibubapa.

Saya setuju ramai berjaya…boleh katakan semua sekolah berjaya…ada yang 100% lulus. Tetapi, lulus setakat mana? Berjaya setakat mana? Cemerlang ke? Itu persoalannya…

Baiklah, saya stop dulu kat sini…panjang sangat pula…mungkin boleh visit my blog utk beberapa artikel…http://pintarexam.anakkubijak.com/
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Mitsuko Mon May 17, 2010 8:53 pm

anakkubijak wrote:Ok, mari kita lihat satu persatu apa yang Cikgu X perkatakan. Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa Score A bukannya bertujuan menggantikan guru, sekolah atau pusat tuisyen. Score A hanya melengkapkan proses pembelajaran. Kerana terlalu sukar untuk pembelajaran output diterapkan. Jika ada input, maka perlu ada output. Jika kita makan (input) maka perlu ada output (buang air, dsbnya).
tdk dinafikan score a mmg bagus, hebat, baik... tp saya setuju ia dikatakan berorientasikan duit... apa tdknya, bukan semua org mampu melangganinya... ratusan ringgit... pd yg mampu, ia kecil shj... pd yg tdk mampu, duit lebih baik digunakan utk tujuan lain... kalau lebih murahkan bagus... jika score a berorientasikan pembelajaran secara output, sepatutnya harganya tdklah terlalu mahal... jgn lupa, pd org2 miskin, rm10 pun sdh terasa berat...

skrg ini ada 5,386,536 orang murid di seluruh negara... ada di bandar, pekan & kampung... rasa2 berapa org yg mampu? jd pd sesiapa yg tdk mampu, sdh tentu sangat2 bergantung kpd sekolah... dan tusyen... itupun bukan juga semua dpt ikut tusyen... sb apa? faktor utama, duit...

jgn kita cakap, skrg ini pun semua org boleh... ada hp, tv, astro, komputer... jd takkan score a tak dpt?... kena fikir, semua itu boleh dikatakan 'keperluan asas'... dulu boleh dikatakan hp satu bentuk 'kemewahan' tp kini tdk lagi, ia suatu keperluan... score a pula bukannya sesuatu yg sangat perlu, siapa ada duit lebih maka ambillah, yg tdk mampu maka bergantung shj pd sekolah... jd pd saya, sangat2 salah jika mengatakan... jika kita boleh beli hp, tv, radio, laptop, newspaper... kenapa tdk mampu ambil score a...

bila ada score a, bermakna mesti ada komputer... bila ada komputer, bermakna ada internet... internet pun bayar, elektrik pun bayar... jumlah semua, score a ratusan ringgit, internet katalah rm60 sebulan, elektrik ??? sb itu bukan semua org mampu... jgn lupa bukan semua org banyak duit... bukan semua bernasib baik... terimalah hakikat... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin
Mitsuko
Mitsuko
MBF Junior Member
MBF Junior Member

Number of posts : 33
Registration date : 17/03/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Wed May 19, 2010 2:09 pm

Mitsuko wrote:
skrg ini ada 5,386,536 orang murid di seluruh negara... ada di bandar, pekan & kampung... rasa2 berapa org yg mampu? jd pd sesiapa yg tdk mampu, sdh tentu sangat2 bergantung kpd sekolah... dan tusyen... itupun bukan juga semua dpt ikut tusyen... sb apa? faktor utama, duit...jgn kita cakap, skrg ini pun semua org boleh... ada hp, tv, astro, komputer... jd takkan score a tak dpt?... kena fikir, semua itu boleh dikatakan 'keperluan asas'

Mampu plak pegi tuisyen...oklah...terimakasih atas pandangan tu. Kalau ikut pecahan matematik, tak mahal pun score a ni. Cuma sebab lump sum, so nampak mahal....

Adakah tv, astro dan hp anak2 yg masih bersekolah itu keperluan asas? Sy rasa tidak. Adakah pelajaran itu kemewahan? Tidak...ia keperluan asas. Komputer? anda kata ia keperluan asas...tetapi di bawah tulisan redundant dengan yang atas...by the way, it is up to you...

Kalau seseorang itu pentingkan pelajaran, sudah tentu ia berusaha. Internet? Hampir semua rumah ada internet. Berapa ramai yang menghabiskan masa main game pula? Berapa ramai yang surf benda tak berfaedah? Google 'pelajar sekolah' akan nampak rangking tertinggi dengan hit yang tinggi gambar2 tidak senonoh...tetapi orang suka pula...kenapa ya? Yang peliknya, tiada pula org negatif benda-benda begini...ehem...siap ada pula video cikgu ngan murid...masyaAllah...alangkah baiknya kalau produk pelajaran yang paling tinggi dalam google kalau taip 'pelajar sekolah', etc...tapi tu lah, kalau benda bagus selalu je akan di bantah...hmmm...

By the way, orang tua sy selalu pesan..."biar kami susah cari duit, biar kita tidak cukup makan, asalkan kamu semua berpelajaran, sebab kami tahu, pelajaran itu akan mengubah hidup keluarga".

Itu kata2 ibubapa sy. Sebab tu bapa saya sanggup jual kerbau2 yang ada, emak saya bersusah payah tanam sayur. Hanya utk memberikan yang terbaik utk anaknya. Ketika saya meminta duit hampir RM300 utk membeli soalan2 tahun lepas tahun 90an dulu, bapa saya kata, "bapa tidak mampu, tapi tunggu, bapa usahakan". Hmm..elektrik? Tak pakai score a pun guna elektrik juga. PC bukanlah aircond, iron atau lampu mentol kuning...tak beza sgt bill pun...internet? Terpulang...nowadays, internet semakin murah, ada yang RM38...so its up to you all guys...

Kalau fikirkan kesusahan hidup, susah lah kamu selamanya. Tetapi jika inginkan kesenangan, berusahalah, berkorbanlah...kesenangan itu pasti datang. Jika kamu fikirkan susah, sampai bilapun kamu tidak akan berusaha untuk kesenangan, dan sepatutnya, kerana kesusahanlah kamu harus usaha dan berkorban untuk mendapatkan kesenangan. Jika tidak, sekali lagi...hiduplah dalam kesusahan selama-lamanya.

Utk ibu bapa yang membaca coretan ini, anda sudah berumur...untuk masuk sekolah atau universiti tidak mungkin. Untuk memulakan perniagaan pun pasti perlukan modal berbelas atau berpuluh ribu dan ini tidak mungkin...cara yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga anda ialah dengan pelajaran anak-anak...berapa pun ia, cubalah usahakan...kerana mereka mampu mengubah nasib...isteri saya berkerja di IPTA...ingat, masuk universiti bukanlah macam masuk sekolah. Persaingan terlalu tinggi...5A belum tentu mereka boleh masuk...jadi, fikirlah...kerana sy datang dari golongan orang miskin juga....
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Okustim Wed May 19, 2010 11:59 pm

agaknya anda ini promoter score a tak? Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin sb beria2 sangat, anggap mustahil jika ada org yg tak mampu... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin terus terang, score a tu sangat sangat sangat baik tp bukan semua org mampu... jgn salah faham pektaan saya ya...
Mampu plak pegi tuisyen...oklah...terimakasih atas pandangan tu. Kalau ikut pecahan matematik, tak mahal pun score a ni. Cuma sebab lump sum, so nampak mahal....
hehe... sb lump sum lah bukan semua org mampu... cuba kalau dipecah2 'kecil2'... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin
Kalau seseorang itu pentingkan pelajaran, sudah tentu ia berusaha. Internet? Hampir semua rumah ada internet. Berapa ramai yang menghabiskan masa main game pula? Berapa ramai yang surf benda tak berfaedah? Google 'pelajar sekolah' akan nampak rangking tertinggi dengan hit yang tinggi gambar2 tidak senonoh...tetapi orang suka pula...kenapa ya? Yang peliknya, tiada pula org negatif benda-benda begini...ehem...siap ada pula video cikgu ngan murid...masyaAllah...alangkah baiknya kalau produk pelajaran yang paling tinggi dalam google kalau taip 'pelajar sekolah', etc...tapi tu lah, kalau benda bagus selalu je akan di bantah...hmmm...
hampir semua org ada internet? kadar penembusan internet di malaysia skrg pun belum sampai 50%, bgmana pula boleh dikatakan hampir semua rmah ada internet? Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin
By the way, orang tua sy selalu pesan..."biar kami susah cari duit, biar kita tidak cukup makan, asalkan kamu semua berpelajaran, sebab kami tahu, pelajaran itu akan mengubah hidup keluarga".

Itu kata2 ibubapa sy. Sebab tu bapa saya sanggup jual kerbau2 yang ada, emak saya bersusah payah tanam sayur. Hanya utk memberikan yang terbaik utk anaknya. Ketika saya meminta duit hampir RM300 utk membeli soalan2 tahun lepas tahun 90an dulu, bapa saya kata, "bapa tidak mampu, tapi tunggu, bapa usahakan". Hmm..elektrik? Tak pakai score a pun guna elektrik juga. PC bukanlah aircond, iron atau lampu mentol kuning...tak beza sgt bill pun...internet? Terpulang...nowadays, internet semakin murah, ada yang RM38...so its up to you all guys...
anda bertuah kerana ada ibubapa spt mereka... tp terima hakikat bukan semua ada ibubapa spt ibubapa anda...
Kalau fikirkan kesusahan hidup, susah lah kamu selamanya. Tetapi jika inginkan kesenangan, berusahalah, berkorbanlah...kesenangan itu pasti datang. Jika kamu fikirkan susah, sampai bilapun kamu tidak akan berusaha untuk kesenangan, dan sepatutnya, kerana kesusahanlah kamu harus usaha dan berkorban untuk mendapatkan kesenangan. Jika tidak, sekali lagi...hiduplah dalam kesusahan selama-lamanya.

Utk ibu bapa yang membaca coretan ini, anda sudah berumur...untuk masuk sekolah atau universiti tidak mungkin. Untuk memulakan perniagaan pun pasti perlukan modal berbelas atau berpuluh ribu dan ini tidak mungkin...cara yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga anda ialah dengan pelajaran anak-anak...berapa pun ia, cubalah usahakan...kerana mereka mampu mengubah nasib...isteri saya berkerja di IPTA...ingat, masuk universiti bukanlah macam masuk sekolah. Persaingan terlalu tinggi...5A belum tentu mereka boleh masuk...jadi, fikirlah...kerana sy datang dari golongan orang miskin juga....
betul, saya sangat setuju... perlu usaha utk dptkan kesenangan dlm hidup... cuma banyak cara nak dptkan kesenangan, sdh tentu melalui usaha... tp banyak cara nak usaha, tdk hanya melalui score a... tp sesiapa yg mampu dptkan score a, maka baguslah... siapa tak mampu, carilah usaha cara lain...
Okustim
Okustim
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Registration date : 27/05/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Idz Thu May 20, 2010 12:57 am

hmmm.. setuju dengan okustim...
Idz
Idz
MBF Senior Member
MBF Senior Member

Number of posts : 452
Registration date : 31/01/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Fri May 28, 2010 3:34 pm

Terpulang pada anda...saya bukanlah promoter score a, saya cuma nak berkongsi...itu saja...saya tak dibayar gaji pun dan saya tak mengharapkan komisyen score a ni coz I have another big business compare to this...

Saya tidak memaksa anda semua...tepuk dada tanya selera. Biasanya org akan negatif terhadap sesuatu yang baik dan cuba memberi alasan pelbagai..itu sudah lumrah....

Terus terang, saya katakan, jika anda tak nak itu hak anda, jika ada orang nak, itu juga hak mereka. Jika anda rasa tak nak, tak perlulah katakan apa-apa...jika anda semua rasakan terlalu banyak masalah, teruskan dengan kehidupan anda sekarang...siapa kat sini yang nak tu, silakan kita boleh berbincang tanpa mengganggu sesiapa, tiada masalah semua tu...saya pun sekadar berkongsi, tidak menyentuh sesiapa kat dalam ni, baik yang jual benda lain dsbnya, cause saya rasakan itu hak mereka, perniagaan mereka....anda semua pun boleh iklankan apa-apa, tak kira personal, produk, dsbnya kat forum saya di http://www.fxprima.com/forum dan don't worry, takde sesiapa yang akan persoalkan anda di sana...Very Happy

Memang usaha bukan sahaja dari score a...saya sendiri, ada beberapa income lain yang lebih baik...tetapi, jika anda seorang yang bijak, sudah tentu anda melihat peluang. Saya bukanlah melihat peluang dari segi RM sahaja, itu saya tolak ke tepi coz macam saya katakan dulu, income internet biz saya melebihi dari gaji sekrg dan saya sedang menuju untuk berhenti kerja sedikit masa lagi.

Anda nak berubah..anda buat...taknak berubah..teruskan saja apa yang anda buat...

Cuma, yang saya tekankan ialah pelajaran..kerana itu dalam ni saya tidak buka cerita tentang marketing plan dan sebagainya. So, terpulang pada anda semua...mungkin dalam ni ramai cikgu...dan sebagai cikgu tentu anda lebih pandai dari kami diluar ni... Smile
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Okustim Fri Jun 04, 2010 9:03 pm

hahahaa... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin sabar, sabar... tanya 1000 org score A bagus tak? semua akan jawab bagus... tiada sorang pun yg akan ckp tak bagus... tp dr 1000 org tu, tau berapa yg mampu melanggan?... inilah hakikat yg anakkubijak gagal fahami... pdnya, miskin atau kaya, mampu atau tdk, kenalah berhempas pulas utk melanggan score a... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_smile
Okustim
Okustim
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Registration date : 27/05/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by anakkubijak Mon Jun 07, 2010 12:53 pm

Saya tidak gagal untuk memahami kerana bagi saya tiada kamus kegagalan dalam hidup saya...mungkin anda yang gagal untuk menerima bahawa dari tidak mampu itulah anda harus berusaha untuk mampu...dan kerana itulah juga saya mampu gapai apa yang saya impikan sekarang kerana saya dulu tidak mampu macam anda semua, tapi saya cuba berusaha memampukan diri saya sehingga saya mampu mencapai apa yang saya capai sekarang...

Terpulang bagi anda...lihat diri anda sendiri...ditahap manakah anda? Jika masih sama seperti dulu...anda sebenarnya mampu mengubahnya. Jika mahu, takkan ada seribu alasan...jika anda fikirkan kesusahan, sampai bila anda akan susah...by the way, kenapa anda bersusah payah mempersoalkan perkara ini? Saya tak paksa sesiapa untuk join saya. Nak join, daftar lah, tak nak, tak apa...Alangkah baiknya jika anda bersama membantu menaikkan taraf ekonomi dan juga pelajaran....Saya sebenarnya Ok saja, sebab anda membuka peluang untuk thread ini sentiasa berada di atas! Coz, I am making money through the rest of my internet business... Smile
anakkubijak
anakkubijak
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 9
Location : Selangor
Registration date : 07/05/2010

http://www.anakkubijak.com

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Okustim Tue Jun 08, 2010 4:08 pm

anakkubijak wrote:Saya tidak gagal untuk memahami kerana bagi saya tiada kamus kegagalan dalam hidup saya...mungkin anda yang gagal untuk menerima bahawa dari tidak mampu itulah anda harus berusaha untuk mampu...dan kerana itulah juga saya mampu gapai apa yang saya impikan sekarang kerana saya dulu tidak mampu macam anda semua, tapi saya cuba berusaha memampukan diri saya sehingga saya mampu mencapai apa yang saya capai sekarang...

Terpulang bagi anda...lihat diri anda sendiri...ditahap manakah anda? Jika masih sama seperti dulu...anda sebenarnya mampu mengubahnya. Jika mahu, takkan ada seribu alasan...jika anda fikirkan kesusahan, sampai bila anda akan susah...by the way, kenapa anda bersusah payah mempersoalkan perkara ini? Saya tak paksa sesiapa untuk join saya. Nak join, daftar lah, tak nak, tak apa...Alangkah baiknya jika anda bersama membantu menaikkan taraf ekonomi dan juga pelajaran....Saya sebenarnya Ok saja, sebab anda membuka peluang untuk thread ini sentiasa berada di atas! Coz, I am making money through the rest of my internet business... Smile
hehe... 1 yg anda gagal sedari ialah banyak cara berusaha di luar sana bgmana nak maju... jgn fikir bila tak ambil score a maka tak majulah... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin spt yg saya katakan, score a ini tersangatlah bagus... cuma bukan semua org mampu... kadar penembusan internet di negara kita baru setakat 35%... itupun bukan semua mampu melanggani score a... percayalah bhw entah berapa ramai yg setakat bergantung internet di sekolah atau pejabat shj... apa yg anda katakan adalah betul, cuma nada perkataan anda tdk dpt menerima hakikat bhw bukan semua org mampu melanggani score a... cubalah bersikap lebih realistik... anda mungkin telah berjaya dan banyak wang... suatu ketika dulu mgkin anda juga drpd keluarga susah... demikian juga org lain, setiap ketika berusaha utk maju... dan berusaha utk maju dlm berbagai cara... satu cara melalui score a... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin

Coz, I am making money through the rest of my internet business... Smile

spt yg saya katakan, jelas sangat anda sebenarnya mempromosi perniagaan melalui internet termasuklah score a... dan tak salah, malah sangat sangat sangat baik... tahniah... cuma terima hakikat bhw bukan semua org mampu melanggani apa yg anda promosikan... dan jgn kecewa, sb begitulah dunia perniagaan... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_smile

*rumah anda pernah didatangi agen2 penjual salur getah dapur gas? mereka akan bercakap berjela2 ttg keselamatan, elak kebakaranlah, jimatlah, bahayalah... dan semua yg mereka katakan itu adalah betul, tiada 1 pun yg tdk betul... tp hakikatnya mereka sebenarnya menjual salur getah yg kononnya lebih selamat... sekali lg tdk salah berniaga, cuma bila 'pelanggan' tdk dpt 'melanggani' apa yg dipromosikan, apa boleh buatlah, jgn kecewa... begitulah adat berniaga... demikian juga 'pelanggan', ada yg mampu melanggan, ada yg tdk... itulah hak pengguna... jgn pula agen2 tersebut keluar rumah sambil marah2 menghentak kuat menutup pintu... Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Icon_biggrin
Okustim
Okustim
MBF New Member
MBF New Member

Number of posts : 11
Registration date : 27/05/2009

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Hasan Khair bin Adzman Sat Sep 18, 2010 4:17 pm

input 50 % ~> process in mind 20% ~> output 30 % ,
sye bljr ni mse sye kt MAP Training
Hasan Khair bin Adzman
Hasan Khair bin Adzman
MBF Member (C)
MBF Member (C)

Number of posts : 53
Age : 25
Location : Bndr Bru Bngi
Humor : if you believe it , u can do it
Registration date : 18/09/2010

Back to top Go down

Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A Empty Re: Cemerlang Dengan Pembelajaran Output Score A

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum